Si Hitam Manis

Si Hitam Manis pandang tak jemu. Si Hitam Manis saya nak awak selalu. Si Hitam Manis yang bergaya, menawan kalbu.
Oh, biskut dark choc chipsmore!

Haha. Hari ini dengan penat lelahnya saya buat juga biskut kegemaran saya. Emm..sebenarnya tak ada kegemaran pun..asal namanya makanan sahaja terus NGAP! Tumpuan utama mungkin diberikan kepada dark choc. 

Tergerak hati nak buat ni sebab acap kali ke pasaraya besar, boleh kata wajib, 

" Man, tolong beli biskut Mr Munch coklat se!"
"Nak tempah biskut.."

Uuu..kerap sangat. DUIT pun laju je jalan. Jadi, konon- konon nak jimat dan cuba resipi- resipi yang banyak di SINI, itulah mula buat kuih ini. Semalam lagi saya dah siapkan bahan- bahannya. Punyalah berkobar- kobar semangat. Resipinya pula saya ambil bulat-bulat dari SINI.

Tunggu punya tunggu, siaplah juga cubaan pertama ni. Jadi ke tak ye?


Ulasan

Catatan Popular