PROJEK NILAM

Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas 
imej courtesy: Shahs Photography

Saya adalah seorang yang sangat menyukai reka bentuk, tapi adalah sampai terlampau rajin untuk menelaah cuma sebagai pengkagum sahaja lah, mungkin sebab itulah tak ikut terjebak dalam lukisan kejuruteraan atau arkitek di UTP ini, sekadar datang untuk cuak-cuak semasa temuduga dan kagum dengan pemandangan perpustakaan bereka bentuk pelantar minyak ini. Akhirnya di aliran perubatan juga walaupun a big NO untuk biologi. 

Yang menarik itu buku nya!

Sebenarnya di rumah ini dari kecil lagi sudah didedahkan dengan bacaan; yang paling aku minat sekali adalah surat khabar. Hujung minggu mesti ada. Sekarang tak ada dah la dengan kebanjiran informasi yang kadang-kadang tak berguna pun di media sosial. Tapi dekorasi rumah adalah sebuah khutubkhanah yang melimpah. Ehe.

Jadi untuk merekodkan kembali apa-apa yang telah aku baca, aku akan review buku-buku tersebut di sini. Supaya aku tak culas membaca lagi; dan juga sebagai sebahagian daripada detox therapy yang aku cuba nak buat sendiri. Aha. Entahlerrr. 

Yang ini daripada catatan lama dahulu: 


Next in line: 

1. Tayyib Al-Ihsan fi Tibb Al-Insan - Wan Ahmad ibn Muhammad Zayn Ibn Mustafa al-Fatani
2. Dheos - Anjell
3. Orang-orang biasa - Andrea Hirata
4. Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad (Dah baca lama dah, nanti aku tulis review)

Ulasan

Catatan Popular