Senipis Kulit Bawang

Assalamualaikum.
Salam Ramadan 1435H, 23.

Ya, sekarang sudah masuk hari-hari terakhir Ramadan, bulan umat Islam, bulan berpuasa, bulan yang telah aku lalui selama 21 atau 22 kali.

Ceritaku, acap kali Ramadan, kali itulah emosi seakan tidak terkawal. Sudah dua tahun berturut-turut aku berpuasa penuh di rumah, kali ini lain sedikit kerana aku bersama Tok di rumah. Sampai hari ini, dah 23 hari lah Tok berpuasa dengan kami. Sebab tadi baru sahaja Tok pulang untuk persediaan beraya di kampung nanti. Itu fasal berbuka hari ini macam bisu sikit.

    Yang senipis kulit bawang itu-akulah yang jadi berangin sepanjang siang, sejuk di kala malam menjelang, dah berbuka lah katakan. Apabila Tok berada di rumah, macam-macam juga yang Tok akan bualkan, tentang Ayah Su lah yang tak tahu makan apa, masak ini lah, resipi itulah, kena taruk ini,tak boleh banyak, fasal kapal terbang Malaysia lah. Walaupun aku dah mengular sampai matahari dah tinggi, hari-hari terisi juga dengan perkara begitu. Jika ada masanya aku masih bertenaga nak berlawan cakap, aku balas lah juga, tapi jika tidak, tak terdengarlah bunyinya. Aku pun bukan jenis yang pandai cakap banyak, jadi bukanlah aku yang memancing perbualan ketika berpuasa begini. Itulah yang jika aku paksa diri bercakap, benda lain yang keluar, yang kemudiannya aku akan jadi diam dan tak menyahut apa-apa dah sebab hilang 'cool' aku apabila jadi Hulk. Menyesal sebab berangin. It really am not cool no. Dengan orang tua pula tu. Namun, hari-hari yang buat aku terasa kehadiran Tok adalah, Tok selalu baca Al-Quran bermuka-muka di ruang tamu, atau petang-petang akan beralih ke muka pintu dapur, ambil angin petang. Rumah batu begini, petang-petang terasa bahangnya juga.

    Ada juga terkadang Tok akan buat kuih- kuih Tok Aji Serban, onde-onde, murtabak kecil, roti jala. Murtabak kecil tu lah yang paling renyah sekali. Aku memang ampunlah, mula-mula nak kena buat kulit, pastu inti, kemudian gorengkan semuanya. Memang ampun, macam nak buat Almond London sekarang nih. Padanlah mahal sangat, bukan fasal rege kacang badam sahaja, naik lenguih sendi-sendi jari ni ha dok menggentel. Huh.

   Ada lagi aktiviti lain sepanjang Ramadan ni. Malulah nak sebut sedangkan kalau disenaraikan banyak lagi yang tak beres daripada yang sudah. Aduhai hati kuatlah. Kenapa hati? Sebab hati tu raja, otak tu Perdana Menteri. Walaupun di Malaysia Perdana Menteri lebih berkuasa, raja hati ni banyak main peranan. Kalau dalam hati duk bertagak-tagak nak buat itu ini, pemalas nak mampoih kepala pun berkira-kira, aih.... boleh lagi ni. Memang tenggelamlah jawapannya.

   Yang terbaharu!!!!! Yeay, aku dah dapat Alang Rebus Tak Empuk dengan Nuha Tajol Arifin! Buku novel dua buah tu dah selamat sampai di rumah hari Rabu yang lalu, kut, heh tak ingatlah. Jadi sekarang reading list dah bertambah dua buah, walaupun Surat Ungu Untuk Nuha karya Noor Suraya itu aku sudah baca tak lama dahulu di perpustakaan awam. Lagi sebuah tu From Beirut to Jerusalam, Dr Ann Swee Chai, yang aku dah pinjam dua kali gara-gara tak habis baca. Agak-agak yang mana habis dahulu? Heh.

   Menenun impian tu tak salah, tapi berangan tak sudah- sudah tu yang parah. Dengan segala apa yang berlaku pada dunia hari ini. Bangunlah daripada tidurmu yang panjang, kata hati kecil orang kecil di negara kecil, Malaysia.

Selamat malam diri, tidurlah sebentar, jangan terbabas pulak. Heh.



Ulasan

Catatan Popular