Farmasi: Literature Search

Assalamualaikum.

Huh, akhirnya bukan bebelan aku lagi. Kali ini nak cerita je bagaimana aku buat tugasan literature search. Saja berkongsi, mana tahu boleh membantu kalian sebab dia membantu aku sangat-sangat. Tetapi aku belum selesai habis semester ni yang aku ambil subjek LS, cumanya, harapan la aku dapat lulus dengan cemerlang, dan dapat kongsi manfaat dengan korang.

Kepada yang sudah ambil, tak apa, mungkin boleh guna lain kali, ni cuma cara saya untuk bagi kerja sistematik sikit. Untuk pengetahuan, saya ambil subjek ni dengan bantuan penyelia Dr H. Jadinya, beliau telah membantu sangat-sangat saya dalam mengatur hidup sendiri. Dan banyakkk sangat nasihat dan kritikan membina. Huhu. Terima kasih, terima kasih.

Okay, buat permulaan, aku ada tiga deadline untuk hantar draf, dan akhir sekali ialah pergi takkan kembali. Penyerahan tugasan akhir!

Apa itu literature search?

Dalam kursus farmasi di UIA, literature search adalah subjek elektif 2 jam kredit. Literature search adalah kursus yang akan mengajar bagaimana nak tulis literature review dalam betuk naratif seperti dalam artikel review (yang bila cari dalam jurnal dia akan tulis review article pada kertas tersebut) dan kertas kerja kajian (research proposal) atau review sistematik (systematic review, ada perbezaan antara dua ini, systematic review lebih susah, sebab ada method tertentu yang perlu disebut dalam kertas namun tahap sumbernya adaah lebih tinggi). Jika anda dari CFS UIA, literature search ada dalam subjek EAP pada asasi yang mana korang perlu baca kertas kajian orang lain, simpul dan rumuskan dalam kertas korang. Tambah citation!

Saya guna narative review (article review).

1. Perkara pertama adalah saya termangu-mangu apa yang perlu dilakukan. Jumpa penyelia sudah, tajuk sudah sedia. Setel. Tapi kepada yang belum ada tajuk, anda bolehlah cari perkara yang menarik minat (pastikan menarik minat! dan mahu tahu dengan lebih mendalam) cuba baca sikit-sikit tentang perkara tersebut (mungkin boleh guna artikel review untuk cari idea secara menyeluruh) dan kecilkan skop tajuk. 

2. Buat outline kertas yang akan korang tulis. Macam rangka. Idea nak tulis literature search ni macam mana kita nak tulis dapatan informasi yang kita peroleh daripada review kertas kajian orang lain. Bagaimana nak cari idea rangka, silalah Google. Itulah gunanya Google. Tapi saya akan cakap gaya penulisan secara chronorological (ikut lajur masa), thematical (ikut tema) dan methodological. Saya rujuk tips dari The Writing Center, UNC college of Arts and Sciences. Secara umumnya narative review akan ada tiga komponen utama; intoduction, body, conclusion and further research. Atau korang boleh cari satu artikel yang mungkin berkaitan dengan tajuk atau tak yang susunan dia nampak seperti menarik dan tiru rangka dia. Tiru rangka okey, tapi ubah isi ya!

3. Mula baca. Mak aih, banyak gila sumber nak kena cari. Ada yang sampai 50 sumber. Relaks, jangan gelabah. Bila dah buat, boleh lebih pula tau! Di sinilah pentingnya dua tiga kelas literature search yang sangatlah teoretikal dan methodological itu sebelum korang rasakan keserabutannya. Ambil tahu tentang Mendeley, EndNote. Software ini yang akan dapat membantu korang untuk jadikan hidup lebih selesa dengan references nanti. Ambil tahu teknik citation mana yang perlu dilakukan. Haritu oleh sebab laptop kena format baru, saya tak dapat guna Mendeley, terpaksalah guna manual. Okey lagilah, kalau nanti source ada beribu-ribu macam mana? Mana nak cite lagi dah serabut.

4. Kunci utama penulisan ini adalah untuk berkongsi teknik saya baca, summary dan susun semua kertas kajian yang dah dibaca. Penat tahu baca artikel, pastu lupa, lagi la.... Jadi berdasarkan outline saya, saya ambil susun secara thematically dan kemudian saya buatkan ada beberapa tajuk kecil dalam penulisan saya yang saya patut tahu. Jadi, saya akan teruskan pencarian artikel di Google Scholar, Pubmed atau mana-mana database lain menggunakan tajuk-tajuk kecil tersebut. Cari kertas kajian penuh. Baca, hadam dan boleh guna highlight pada kertas tersebut. Cari perkara utama yang dinyatakan oleh penulis kertas kajian tersebut.

Kemudian saya letak dalam table of evidence. Ni stail table of evidence sayalah. Ikut suka hatilah nak buat macam mana.




Dengan cara ini, saya tidak akan mensia-siakan setiap masa yang saya baca jurnal tu. Setiap jurnal boleh digunakan dan takkan terhilang. Dan saya boleh gabungkan info-info yang saya dapat daripada jurnal-jurnal tersebut atau buat perbandingan. Saya tambah setiap kali lepas baca satu jurnal. Haruslah nampak renyah atau mungkin tak cukup masa, tapi bagi saya sistematik dan tak huru hara. Untuk hidup dengan lima puluh sumber rujukan. Huhu. Sebetulnya tak banyak sangat pun dan menarik sebab makin banyak ilmu yang boleh diteroka. Perasan tak ada highlight warna lain-lain kat situ. Ada maknanya tu. Sama ada dah tukar ayat, ambil secara langsung daripada kertas jurnal tersebut atau isi utama kertas tersebut. Jika dah tukar ayat sepenuhnya, boleh copy paste je dalam write up, atau korang copy paste je walaupun belum tukar ayat, highlight sebagai peringatan. Ni pasai sebab lepas ni kertas yang korang tulis akan lallu kat turn it in untuk tengok plagiarism.

5. Tulis. Okey, kat sini, selepas satu kejadian, barulah aku dapat tahu. Jangan malu untuk belajar. Biarlah belajar cara susah (the hard way) pun, kau akan lebih menghargai dan hadam ilmu tu. Nak tulis pun ada cara tau. Guna heading untuk tajuk-tajuk besar dalam kertas review yang bakal ditulis. Contohnya; 1.0 Introduction, 2.0 Body, 2.1 Tajuk kecik body....etc. Kat atas toolbar banyak heading, subheading yang boleh dipilih, jadi terokalah. Kemudian mula menulis. Orang kata nak mula tu payah. Sebenarnya, kalau dah mula kat outline, table of evidence dan sedikit paksaan, lancar je idea tu keluar. Lagi banyak tekanan perasaan, lagi flowy...huhu.

Akhir sekali ketik kat Reference (Toolbar) dan insert table. Dah siap table of content! Dan ofkos la content sebab benda ni best buat bila dah siap write-up je. Hehe.

Sebagai tambahan. Untuk nilai tambah pada review artikel tersebut, korang bolehlah masukkan beberapa gambar atau artwork yang berkaitan. Pada tahap noob mcam aku, aku guna Paint jek. Kemudian berjinak-jinak guna PaintToolSai yang ohsemm untuk lukis anime. Tapi tu memang buat rujukan youtube lah. PaintToolSai memang best untuk melukis sel ke, apa ke, tapi dengan syarat pandai guna. Huhu. Aku tak belajar khatam, akhirnya edit juga menggunakan Paint. Boleh juga tambah jadual, simpulkan isi utama dalam bentuk peta minda-aku guna smart tool pada toolbar je. Jangan lupa letak caption!

Tang reference hangpa godek sendiri la noh. Sebab dia banyak stail, mengikut citation yang korang guna dan guideline journal yang korang nak hantar. Pakai Mendeley sat je dia keluar.


All the best! Selamat menulis dan membuat kajian.



Ulasan

Catatan Popular