Rants #12

Assalamualaikum.

Hahha, pasrah je lah aku naik masuk Tahun Tiga ni banyak pula perasaan bercelaru. Pertama kali menangis buat kerja, pertama kali tengok orang lain menangis dengan kerja, pertama kali aku rasa aku dah besar tapi macam saia tak kuadd je. Haha.

Malam ni ada annual grand meeting atau mesyuarat agung tahunan untuk persatuan berdasarkan kuliyyah (kuliyyah based society). Aku la, waktu sekolah dulu mana pernah aku benarkan mak ayah aku pergi mesyuarat PIBG di sekolah. Alasan, aku tak mahu umi dengan abah penat kena datang jauh-jauh dari rumah, dan aku mestilah kena hidup dengan baik-baik aja di sekolah kan? Tapi sekarang semua benda tu macam hilang. Sebab sememberontak mana pun aku di sekolah, dia macam ada satu jalan yang aku kena ikut, yang aku perlu lakukan sebab kalau aku tak buat, aku rasa habislah aku. Pernah konon memberontak tapi aku tak mungkin akan biarkan diri dengan akademik aku hancur. Dengan izin Allah, aku lepas, sebab aku ingat dia, agaknya dan sepatutnya. Sekarang, kau rasa kau besar, buat semua benda baik zaman sekolah dulu macam tak relevan?

Bila entah kali terakhir baca ma'thurat?
Bila entah ulang baca Al-Mulk setiap malam?
Bila entah aku tak ada sesiapa dalam hati kecuali Dia, Add Math dengan Fizik?
Bila entah aku tetiba terkepit dengan whatsapp? Serius aku benci betul dengan whatsapp.
Bila entah aku rasa tak tentu hala bila wifi tak ada?
Bila entah aku tiba-tiba terasa ahh lantak biar je lah............

Padahal di sekolah garis penamat dia paling tinggi pun SPM, belajar uni, sepanjang hayat kau nak praktis semua benda tu. Harap la aku sedarkan.

Okay, malam ni aku buat persembahan jadi prop perut untuk lagu Marjinah dan ubat di GIT dan batch art yang aku bebel tak sudah tergeliat tangan nak buat.

Batch Art kami

Okey aku buat tak sampai lima pun benda gulung-gulung tu, tapi banyak tau aku gunting kertas warna-warni tu. Kami buat bersama-sama satu kelas tau. Mentang-mentanglah presentation RIP dan kuiz di tunda, boleh siap berhoyeah-hoyeah lagi buat benda ni. Haha.

Apa-apa pun tahniah lah kat semua orang. Aku sayang betul kat korang.

p/s: Aku pernah cakap, asallah takde orang calon kan kita untuk jadi lines up dalam iPha. Ada orang cakap kalau kita masuk memang ranap lah persatuan lepas ni. Tapi kalau aku masuk, pertama sekali aku nak hapuskan IBG tu, tak larat weh kalau semua nak guna orang yang sama. Nak-nak brother yang baru masuk makin sikit, berapa ketul je tinggal. Takkan nak ulang guna depa 17 orang untuk berapa banyak tah acara berkumpulan. Jika ganti dengan hari sukan untuk pilih atlet aku tak kesah la juga. Aku bebel la sebab aku kena paksa masuk. Huhu. Aku bukan atlet. Aku perempuan yang gemuk juga lah sedikit. Mana larat nak lari laju-laju, dulu waktu sekolah pun sebab lari dalam hujan, semua orang pengsan, tinggal aku dengan beberapa orang aje yang ada atas trek, dapat la aku rasa emas. Hehe.

p/ss: Oke aku janji aku kongsi sedikit sebanyak study farmasi ni. Dapat lah overview juga selain baca aku membebel je. Insya-Allah.




Ulasan

Catatan Popular