Musim revision week, peperiksaan akhir tahun 3 sem 1 dah.

Assalamualaikum.

Hi!

Revision week dah mula seminggu yang lalu. Sebenarnya kelas dah pun selesai seminggu lebih awal daripada itu. Patutnya boleh lah kan cover banyak topik.

Tapi patutnya lah kan, daripada aku tulis ni pun, boleh ulang kaji satu tajuk daripada peperiksaan dosage design isnin ni kan?

Aku nak tulis jugak pasai aku tak leh nak fokus, pasaipadah entah duk buat lagu pana ja.

Seminggu ni. Ha, nak dekat seminggu jugalah aku kena ulcer kat mulut ni. Dah terjuih dah bengkaknya. Aku hairan jugaklah ngape tak surut-surut. Sakit nak makan, nak gosok gigi, nak lalu air panas buat sarapan, sakit nak bubuh ubat pun ada. Okey aku farmasi, tapi aku pakai garam je bubuh kat ulcer. Dulu boleh la, sembuh cepat jugalah, tapi kali ini lain macam. Macam ada bengkak yang takde tanda menyurut pun. Kemudian barulah terdetik nak pergi pakai bongella atau medijel. Ada lidocaine kat dalam. Waktu tiap kali nak bubuh ubat ni la mak ai sakit betul kepala macam jika dalam kartun tu aku nak pengsan terus.

Sakit betul woo.
Tak dan nak nangis 20 minit kena letak lagi.

Mula ulcer ni bukan apa, baru nak mula revision week, aku pergi kenduri akikah kat sini. Tak tahulah aku minat betul dengan lauk daging akikah tu sampai dua kali aku tergigit bahagian dalam bibir. Tulah, nak jadi sebab.

Adalah tu puncanya. Rindu kat orang yang salah. Eh?

Salam maulidur rasul. Ikut tahun masihi, dua kali sambut maulid nabi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda nabi Muhammad s.a.w.

Syafakillah.

Wassalam. Semoga segala amal dan doa kita diterima Allah.


Ulasan

  1. All the best :) doakan kita jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Sama-samalah kite. Doakan orang gak. Doakan semoga teguh..huhu

      Padam

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular