Review buku- MANIKAM KALBU


Tajuk  :  Manikam Kalbu
Penulis:  Faisal Tehrani
Bil. muka surat :  357 m/s.

Inilah cover page bagi novel yang saya sebut beberapa hari lalu. Nampakkan kucing gemuk warna biru tu. Dialah yang berhikayat. Haha.

Al-kisah cerita ini berkisar tentang Ziryab, seorang pelajar sekolah teknik yang berumur 17 tahun. Dia lelaki tau. Dan yang lebih menarik ialah dia satu-satunya hero di kelas fesyen dan jahitan. Dia juga mempunyai seorang nenek, namun kedua-dua ibu bapanya telah lama menyahut seruan Illahi. Sering jugalah dia diejek oleh teman-teman sekelasnya seperti Ahdaf dan Nur Haliza. Pelajarannya makin merosot akhir-akhir ini kerana terpaksa menjaga seorang nenek yang telah nyanyuk dan juga menguruskan tempahan baju daripada kedai jahit neneknya. Oh ya, neneknya adalah seorang penjahit baju yang mahir.

Sementara itu, di zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, Sultan Muhammad Syah bermimpi bahawa puterinya nanti akan berpakaian seperti orang tak cukup kain. Ternyata baginda cukup risau akan kehadiran mimpinya itu. Tukang tilik mimpi mengatakkan yang akan datang, masyarakat Melayu akan berpakaian seperti itu. Justeru, Baginda merasakan tanggungjawabnyalah bagi menyelamatkan umat masa depan. Satu pertandingan busana diadakan bagi menghasilkan sebuah busana bagi  bangsa Melayu dengan syarat-syarat tertentu. 

Manikam Kalbu pula ialah anak kepada hamba sahaya puteri Sultan Muhammad Syah. Dia amatlah minat akan fabrik dan tekstil. Dia juga seorang anak yang baik dan selalu mengaji. Mendengarkan pertandingan itu dia pun berasa terpanggil untuk menyiapkan busana bagi dipakai masyarakat Melayu berlandaskan syariat Islam. Akhirnya dia berjaya walaupun dia hanyalah anak kepada hamba bersaing dengan rakan akrab si puteri raja. Ganjarannya, dia dan ibunya merdeka dan dia juga diberi biaya belajar tentang ilmu aurat dan busana di rantau Melayu seperti permintaannya. Sungguh pengembaraannya belajar cukup menarik menyentuh soal hati dan kesungguhan. Banyak ilmu yang dipelajarinya dari Acheh hinggalah Palembang. Ada juga insiden lucu yang terjadi antara dia dan seorang nenek pembuat songket masyarakat Minang. Anda mesti baca jika nak rasa macam mana tergelak terguling sorang-sorang. Heh.

Apa pula kaitannya dengan Ziryab yang berada di zaman kini dengan Manikam Kalbu? Apa yang terjadi selepas dia mendapati neneknya hilang dan bertemu dengan seekor kucing Madura yang gemuk itu? Siapakah neneknya? Tak acilah jika saya beritahu semua. Tak syoklah. Serius cerita ni best.

Selamat Membaca :-).

mek  : semalam serius pening tak boleh nak fikir apa sebab tidur lambat. Hoh.

Ulasan

Catatan Popular