Saya Suka Awak!

Luahan perasaan? 
Umum, manusia suka akan pujian. Anak-anak suka dipuji mak ayah. Pekerja juga suka dipuji majikan. Pelajar suka dipuji guru. Blogger suka bila:
  • Ada yang baca coretan yang dilakarkan di laman maya.
  • Komen yang membina tentang artikelnya. 
  • Lagi, ada yang follow dia. 

Hehe. Tapi, itulah kenyataannya. Dan sesungguhnya saya memang cukup gembira sebab ada orang yang telah menjenguk ruangan ini sebelum saya sempat promosi. Pada perkiraannya, biarlah saya post banyak-banyak, ada entri yang baik, sudah dapat cari rentak penulisan, dan saya juga berkongsi ilmu yang saya sendiri amalkan atau fahami dengan baik, barulah saya akan berkongsi dengan hebahan. Tidak sangka pula ada yang telah menjenguk saya melalui tetinkap kecil SHOUT!! Haha. Apa-apa pun terima kasih bangat sih!

Dalam pada masa yang sama juga saya turut memahami bahawa tugas saya bukanlah mudah. Semudah mendaki anak bukit yang tinggi dan menjerit sekuat hati melepaskan apa-apa yang terbuku di hati (macam yang banyak ada dalam cerita-cerita di kaca televisyen tu). Bukan sekadar mencari bahan-bahan penulisan yang baik sedangkan hati saya kaku tidak bermakna (Nauzubillah). Pencerita yang celoteh menulis (betulkah pemeriannya ini?) sedangkan duduk mendiamkan yang hak. Semoga apa-apa yang dikerjakan mendapat perhatian daripada-Nya. 

mek : hidup ini walaupun panjang tetapi tempoh persediaannya hampir luput.


Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular