Cuba Tengok Betul-betul

Apa ke? Haa..apa yang kalian nampak pada gambar di atas?

......................................
......................................
.....................................
Okeh, saya dapat ini daripada salah seorang senior saya semasa masih di bangku sekolah dahulu. Bro Najmi. Saya ingatpun sebab muka dia yang poyo waktu itu walaupun pada hakikatnya dia sedang menyampaikan sesuatu yang serius antara maghrib dan isyak waktu itu. Halaqah tafaquh. (Erk..bro. sabar ye).

Ceritanya waktu itu dia memegang sehelai kertas putih dan bertanyakan soalan yang sama pada kami.

"Apa yang korang nampak bila tengok kertas ini?"

Ada orang jawab, "Bintik hitam."

Ya, saya pun mula-mula nampak itulah juga. Takkan nampak gambar gajah kut kat dalam kertas tu. Tapi kemudiannya interpretasinya pada gambar benar-benar mengagumkan saya.

He said that; kenapa tidak kita cakap yang kita dapat lihat warna putih pada sehelai kertas tadi. Kenapa kita perlu fokus kepada satu titik kecil sehingga membutakan mata kita terhadap keseluruhan warna kertas yang putih? Kenapa juga kita perlu terus menghukum orang dengan kesalahan yang kecil cuma dan mengabaikan semua kebaikanya yang telah lalu?

mek : taubat selagi masih sempat

Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular