Salam Maal Hijrah- 1433 H

Salam Maal Hijrah buat pembaca sekalian. Hari ini, 27 November 2011 telah pun masuk 1 Muharram 1433 Hijrah. Tahun Barulah kan. Tahun Baru Hijrah. Bermula daripada detik perpindahan Rasulullah s.a.w bersama  golongan muhajirin dari Mekah ke Madinah. Hijrah daripada gelap kepada cahaya. Sinonim tahun baru juga adalah azam.

Jika new year masihi ramai ja umat Islam di Malaysia beria-ia sambut dengan banyaknya azam itulah inilah, seumpamanya itu mulanya kalendar baru umat Islam. Banyak betul hiburan yang diledakkan. Tangkapan basah juga banyak je yang diperoleh saban tahun. Ironisnya semacam tidak memberi apa-apa kesan dan diteruskan setiap tahun. Maal Hijrah, terkadang apabila ditanya tahun yang ke berapa pun tercangak-cangak mahu memberi respon. Tetapi pada sisi yang baiknya pula, hari baik sebegini tidak pula dicemari oleh pelbagai maksiat. Insya-Allah.

Semalam saya ada menonton rancangan bual bicara di stesen tv al-hijrah. Ada perbualan dengan seorang saudara muslim yang telah berjaya membuka hampir 8 cawangan restoran. Banyak tu. Ada yang menarik di situ pada kata-katanya. 

Jika kamu hendak berjaya kamu hendaklah mempunyai cita-cita yang hebat. Nak tahu jika cita-cita kita tu hebat atau tidak, khabarkan pada rakan kamu. Jika dia tidak mengatakan, "Are you crazy?", "Hang gilo ka?", maka cita-cita kamu itu belum hebat.
Terbukti, Rasulullah sendiri pernah diejek-ejek oleh kaum musyrik yang menentang baginda. Pernah dikatakan gila dan dihina. Namun akhirnya Islam tersebar di serata dunia. Wallahua'alam.

mek : azam saya, berusaha memantopkan diri dan blog ini. 

Ulasan

Catatan Popular