Awak, SUDOKU tu apa?

SUDOKU. Demam sudoku ni dah lama dah. Tapi saya cuma nak beritahu sedikit sebanyak yang saya tahu tentngnya. Yalah, ada juga kawan-kawan saya bertanya tentang sudoku ni, macam mana nak main? Apa kebendanya tu? What the heck is that riddle? Erk..

Okay. Kita terangkan satu persatu. Permainan ni termasuk dalam salah satu permainan IQ juga lah rasanya. Sebab semua orang boleh main. Pelajar, orang tua, dewasa, kanak-kanak. Saya dapat tahu tentang permainan ini pun semasa saya mengikuti salah satu program anak angkat di Pusat Sains Negara. SUDOKU ini asalnya daripada negeri Matahari Terbit. Tanpa langsung menggunakan pengiraan matematik atau formula-formula yang perlu dihafal, SUDOKU hanya memerlukan seseorang berfikiran logik. Sebenarnya SUDOKU ni juga bukan lah tampil dalam nombor-nombor sahaja, tetapi ada juga dengan warna, abjad atau imej-imej yang berlainan bentuk. Asalkan si pemain dapat membezakan figur-figur tersebut antara satu sama lain.

Peraturannya mudah sahaja.

Dalam satu lajur tidak boleh ada nombor yang sama, dalam satu baris juga tidak boleh punya nombor yang sama dan dalam satu kotak 3x3 juga tidak boleh ada nombor yang sama.

Senang je kan. Tapi setiap kali hendak meletakkan sesuatu nombor di ruangan tersebut, anda perlu ada sebab kenapa nombor itu diletakkan di situ. Ada beberapa teknik yang anda boleh pelajari. Anda juga boleh tengok di sini untuk belajar teknik dan mungkin beberapa soalan sudoku yang boleh dicuba.

Saya pun baru sahaja membeli buku SUDOKU yang baru. Gambar yang di atas itulah kulitnya. Tapi kau..mak ai boleh tahan soalannya. Mungkin saya tersalah beli untuk tahap permulaan macam saya. Uhuk.

mek: sekarang ni kat mana-mana dah boleh jumpa SUDOKU. Hari-hari buka surat khabar pun ada. Tapi awas!! Boleh menyebabkan ketagihan. :-P

Ulasan

Catatan Popular