Macam Mana Nak Tetap Tujuan



Situasi 1 : Di universiti, tugas pelajar; belajar, menguasai ilmu. Terkadang timbul rasa malas. Tugasan @ assignment yang diberikan pensyarah apabila hampir dengan deadline baru tergerak hati nak buat. Nak menapak ke perpustakaan punyalah jenuh. Bila hampir dengan final barulah penuh, semput pula tu nak bernafas.

Situasi 2 : Tiba masa ujian bulanan, markah bagi subjek X tinggi. Wah, rasa kembang semangkuk! Malaslah aku nak review dah. Aku kan dah hebat!

Situasi 3 : Banyak betul untung bulan ini. Tak perlulah aku susah-susah nak buat sungguh-sungguh macam mula niaga hari tu. 

Ohh!! Banyak chantekk. Haha. Lawak je.

Situasi- situasi yang acapkali berlaku. Orang Terengganu kata sokmo. Yang tak sedar tu tetap begitulah atau ada juga yang tak perasankan hal-hal sedemikian. Tak dinafikan juga saya sendiri pernah melakukan adegan- adegan klise di atas. Macam cepat puas hati dengan apa yang diperoleh. Bukan maksud saya perlu tamak, tetapi bersyukur dan lipat gandakan usaha. Dah tu.. macam mana nak buat nih?

Manusia memang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru, kita kenalah berdoa bagi setiap urusan kehidupan. Solat juga adalah doa ya! Usaha juga perlu seiiring.

Ini yang sebenarnya yang saya mahu kongsikan. Saya peroleh input ini daripada sesi motivasi di sebuah universiti antarabangsa. 

1. Dapatkan sehelai kertas bersih atau buku kosong. (Anda mungkin perlu menulis dengan banyak)
2. Tuliskan sebanyak mungkin sebab bagi sesuatu tujuan anda itu.
       Contoh  :
       Tujuan   : Saya ingin menjadi usahawan berjaya.
       Sebab   :
  •  nak jadi kaya-raya
  •  nak beli rumah banglo
  • nak pergi menunaikan haji          (Lagi banyak lagi bagus)

3. Tempekkan kertas tersebut di tempat yang sering dilihat oleh anda. Atau sekiranya buku, pastikan anda membukanya setiap hari.

Rasionalnya, terkadang sesuatu sebab menyebabkan kita teransang untuk memulakan sesuatu tindakan. Mungkin tanpa sebab itu, kita rebah dan tidak mahu meneruskan impian murni yang kita citakan. Dengan adanya banyak sebab, jikalau salah satunya gugur daripada senarai, ada banyak lagi sebab untuk kita bersungguh-sungguh melakukannya.

Semoga Berjaya :-)

mek : ikhlaskan hati

Ulasan

Catatan Popular