RESENSI (review) BUKU: Tenggelamnya Kapal Van der Wjick

Assalamualaikum.       >.<

TAJUK : Tenggelamnya Kapal Van der Wjick
PENULIS : HAMKA

sumber

Klasik tak tajuk buku tu. Nak lagi budak-budak moden zaman sekarang yang baca. Hmmm...lagilah. Tapi yang pasti sememangnya saya baca buku ini lewat cuti sekolah setelah habis semester pertama yang lalu, di kampung. Punya lah bosan, kan? Dan baru- baru ini saya minat untuk membelek balik buku ini sebab ada sesuatu yang sangat 'simple' dan istimewa daripada pengarang masyhur Indonesia itu.

"Zaman kini orang mengagumi sesuatu buku pada keindahan dan tingginya bahasa yang diguna pengarang buku, tapi memandang sepele pada buku yang karangannya jelas biasa-biasa sahaja, ayat yang mudah-mudah. Namun, ironis, buku yang tadinya tinggi bahasa tidak ramai yang dapat menceduk inti karyanya, tidak tahu apa sebenarnya jalan cerita buku tersebut."


Okey, itu ayat saya sahaja. Tapi bunyinya sebegitulah. Jenuh juga saya mencari-cari duduk letak ayat tersebut tapi tidak berjumpa. Pokoknya, itulah yang mahu disampaikan.

Waduh, panjang sungguh komentarnya-----> Ini sinopsisnya;

Zainuddin, setelah mengharung hidup yang sungguh payah, bangkit disamping Bang Muluk teman seperjuangannya di tengah kota. Di sana dia dihormati dan disanjung di samping memiliki sebuah toko buku di Surabaya. Namun yang mengenali Zainuddin yang sangat hiba hatinya hanya Bang Muluk jualah. Bersama duka yang dikendong itulah menjadi penggerak tintanya di kala malam menjengah. Huruf "Z" itulah yang membawanya masyhur.

Suatu hari di malam pementasan cerita daripada bukunya itu, dia berjumpa kembali dengan Hayati, buah hati yang mengaku mencintainya dahulu bersama suaminya, Aziz. Sedang lamarannya dahulu ditolak, dia berdepan lagi dengan Hayati yang kini tidak bahagia apabila suaminya mula menunjukkan perangai yang tidak baik di kota. Sehinggalah Aziz dipecat oleh majikannya, atas dasar sahabat Hayati dan suaminya menumpang di rumah Zainuddin.

Sejak itu, Zainuddin hanya pulang lewat Subuh dan meninggalkan rumah lewat senja demi menjaga amanat sahabatnya Aziz. Melalui Bang Muluk jualah Hayati mengetahui bahawa Zainuddin masih mencintainya. Kedatangan surat daripada Aziz bagi menceraikan Hayati sampai di rumah bersama berita esoknya bahawa dia telah bunuh diri di hotel kerana bebanan hutang yang banyak. Hayati merayu pada Zainuddin agar menerimanya kembali agar mereka dapat hidup bersama seperti dahulu. 

Zainuddin terima atau tidak?

Bacalah sampai habis. : )

yang ni lagi antik


mek lin : Yang pastinya, sad ending. Sob, sob. ;(






Ulasan

  1. selalu je jumpa buku ni, tapi tak tergerak hati nk baca..haha.. rightio, pasni nak try baca

    BalasPadam

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular