RANDOM #6


< Peringatan:: Ini adalah rant- ranting saya. >

Talinya rapuh amat. Sebolehnya Meena mahu supaya dia awal-awal lagi gantikan dengan suasa halus yang tajam, dapat disematkan kejap-kejap di hatinya. Awal-awal, ayat bahawa dia sudah telat dan lambat bagi mengubat tali itu.

Tali ikhwah.

Seminggu sudah dia bermalas-malasan di katil. Hidung tersumbat dan muntah-muntah yang memualkan tekak  buat dia cuma terus mahu berbaring dan tidak ingin bangun lagi. Ah! Alasan. Sebenarnya, sudah lama dia menyepikan diri daripada talifon dan laman sosial. Bukan dia tidak pernah online, berada atas talian, bahkan hari apa sahaja yang dia tidak pernah menghadap segi empat netbooknya, bagi menonton drama. Tak kiralah Melayu, Korea mahupun Tamil sekalipun, jaringan internet yang luas mampu membuatkan dia terasa seperti mencekau ke mana-mana sahaja. Adiktasi? Atau ketagihan? Obsesi?

Meena sudah gemuk dan obes dengan dunia entertainment. Sudah kelabu kasap matanya.

Ayahanda dan Bonda baru sahaja pulang daripada ceramah. Ceramah Ustaz yang glamour itu. Ustaz Azhar Idrus. Kenapa tidak Meena ikut? Katanya hanya mahu jaga rumah di samping adik tercinta.

Ayahanda membawa pulang oleh-oleh dari ceramah. Tentang Gangnam Style dan PSY yang psyco. Dia yang menngelarnya begitu. Psyco kau orang akan rasakan <wah> <wah> <wah> dengan mata blink-blink. Gah sangat dengan bahasa orang kulit putih. Padahal gila, si sewel kata orang kita.

Dan mulalah penerangan panjang lebar Ayahanda. Fenomena Gangnam Style. Bagai seputar teringatkan kembali bulatan gumbira Kak Nawal di kampus. Bagai terimbau pula Meena yang duduk termangu-mangu dalam sesi diskusi petang gorib itu.

Meena suka nonton drama cerita sahaja. Bukan kipas-susah-mati kpop, jpop, mpop dan popcorn.

Sila faham. 

Dan Meena sangat malas. <Alhamdulillah, mengaku juga.>

Kembali pada pokoknya, teman Meena sudah berkali-kali mesej Meena. Mesti dia khawatir akan keadaan Meena yang sebenarnya. Atau mungkin dia sudah berjauh hati pun dengan Meena. 

Semut-semut pun sibuk ke hulu-hilir mencari makanan,
tetapi semut yang kecil; pada mata kita,
tak pernah lupa untuk berhenti untuk sambung sungut-sungut,
berhubung sesama sendiri.

Meena baru sahaja baca mesej yang hadir sudah lewat dua hari itu.

Oh, sedihlah! Tidak dia sangka kemalasannya menghempap semula dirinya. Sesaknya nafas.

Kawan. 

mek lin :: sedang mendengar lagu Aku Datang- Tomok. OST Istanbul Aku Datang, ASK 2012. Dan lagu ini juga khas untuk awak Ainshahira.





Ulasan

Catatan Popular