RAJA BUAH!!!

Assalamualaikum.

Hari ini saya umumkan musim durian dah lama bermula!!!

Jika dahulu zaman sekolah, ada sahaja setiap tahun pesta buah. Durian+rambutan berbakul-bakul turun daripada lori. Kemudian makan ikut dorm. Ada sekali dekat padang besar, ada lagi di dewan makan. Hantu durian aku pun naya juga nak habiskan durian nak dekat lima biji. Bukan lima ulas woo. Tu cerita semasa tingkatan dua alkisah ramai sangat yang allergi dengan durian. Pastu hangat satu badan. 

Pertama kali melantak durian panas badan. Mesti ramai yang pernah tengok orang minum air daripada pangsa dia kan. Pangsa tu tempat durian tadi duduk lah. Macam tu jugalah yang aku buat. Terbuntang mata dormmate tengok aku macam nak makan kulit durian tu. Ingat orang nak makan kut. Hehe.

Hah, dan-dan pula duduk bertinggung mengupas buah durian. Jumpa je kucing tidur mulalah berebut-rebut nak ambik. Bukannya apa nak jumpa kucing tidur tu punya lah jarang dalam berlonggok-longgok durian.Kucing tidur tu nama isi durian yang ada satu ulas je dalam satu pangsa. Comel, kan?

ada gaya en? (foto google)



Ada juga ni ha teringat pasal pokok durian. Buah dia kan kira gugur barulah masak. Sudahtu macam mana orang nak ambil buah durian yang tengah gugur banyak-banyak tu?

Abah jawab, " Orang pakai topi keledarlah pergi kutip durian subuh-subuh hari."

Okey, aku dah terbayang macam ni...macam yang awok-awok bayanglah. Duduk sepanjang malam di pondok dalam dusun durian, usai sahaja solat Subuh hari esok terus sarung topi keledar dengan bakul rotan kutip durian yang jatuh. Tak boleh lambat sikit, karang tak pasal orang lain ambil, tak pun Pak Belang kasi licin dahulu. Jangan memain, harimau makan durian lagi cantik licin daripada manusia oh!

Eeeh, cerita pasal durian je dah banyak. Tak kira air liur yang merembes-rembes keluar ni ha. Haih. Tapikan, durian yang isinya nipis sahaja sangatlah menjadi pilihan sebab tak bergas, manis wa lazat dan tak cepat kenyang; boleh makan banyak-banyak!

mek lin : buat lempuk ke, jem ke, bubur ke, makan durian tengah-tengah dok memerah keringat buka kulit dia yang mak aih berduri-duri tu yang paling nikmat.

Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular