Susahnya nak berubah!

Assalamualaikum..
Huhui!
Shush....pergi main jauh-jauh sarang labah-labah!
(Krik...krik...krik)-OK FINE!

Susahnya nak berubah dari menjadi seorang facebookers tegar.
Susahnya nak berubah jadi budak baik.
Susahnya berubah nak pakai tudung.(labuh semula).-,-
Susahnya nak berubah jadi rajin dan tak MALAS!
Susahnya nak berubah jadi anak yang taat.
Susahnya nak belajar benda ni.
Susahnya nak berubah jadi lebih sabar.
Susahnya nak selalu update entri dekat belog sampai dah bersawang penuh.

SUSAHNYA!!!

Susah juga jika selalu fikir susah. Jika perasan,tulisan yang dekat atas tu macam mengeluh. (Okay, ini untuk diri sendiri punya!) Selalu bila ada masalah, atau baru mula nak berazam, macam nak berubah jadi orang yang lebih baik, selalu je diterjah oleh perasaan macam tu. 

Betul, nak cakap," Benda yang kecil tetapi istiqamah itu lebih utama," nampak macam ringan, sebab benda mudah dan senang tetapi amalannya berterusan. Sebab istiqamah ni utama sebab ada persoalan macam tadilah. Macam-macam alasan dan perasaan dan pengaruh dari dalam diri sendiri. Macam berperang dengan diri sendiri. Siapa yang menang?

SAYA MAHU MENANG. Jadi, wajarlah saya memohon ketetapan hati daripada Yang Kuasa bagi segala sesuatu, kan?


Wallahua'lam.


mek lin : don't be a success man on board and papers, be the man of value. Welcome back!


Ulasan

Catatan Popular