Pujian itu ujian

Assalamualaikum.
Hi!

Pujian dan harapan.

Ada yang patah tanpa pujian, terus menyisihkan diri, rasa diri tidak dimahukan. Ada yang beban dengan pujian, sebab di situ tersandarnya harapan. Ada yang hidung kembang-kempis dek dipuji orang dan hanyut dengan kebanggaan.

Saya, manalah kalian tahu.

Itu reaksi, di tempat dan masa kejadian. Ada yang seterusnya begini, oleh sebab takut dengan harapan dan pujian, hati berkata-kata sebegini, " Aku bukannya sebaik itu pun, tak sehebat itu pun." Lalu jalan yang diambil-gone astray nak menunjukkan,

"Hey, tengoklah. Aku bukan yang seperti korang fikirkan."

Dan satu langkah bermulanya langkah-langkah lain yang semakin membawa orang itu hanyut. Hanyut....

Jika ibu bapa menyandarkan harapan setinggi Burj Khalifa, dengan sengajanya pula kita jatuhkan diri berderai-derai tinggal abu sahaja.

Siapa yang sakit? DIRI SENDIRI sahaja kot.

Pujian dan harapan yang diberi sememangnya ujian, cara kita berhadapan dengannya. Jika kita rasa tidak layak untuk pujian dan harapan tersebut (seharusnya begitu), tetapi yang memberi pujian adalah orang yang percaya pada empunya diri itu-petanda bahawa kita KENA memperkasakan diri menjadi orang yang lebih baik- bukannya menghanyutkan diri dalam lembah hitam.
Mutiara di tepi jalan.
Kutip dan semat kukuh jangan biar terlerai di persimpangan.

mek lin : pengalaman? mungkin :) 

Ulasan

Catatan Popular