Nak jadi baik? JOM!

Assalamualaikum.
Huhui!

Kabare? Wes mangan?

Wes. Wes.

Hari ini nak cerita-ceriti macam mana mahu jadi baik. Oh, ada juga eh cara-cara nak jadi baik! Macam nak masak kek batik cik Rokiah (bukan nama sebenar) je. Okes, mata pandang ke atas tangan di dada.

Pertama-tamanya;- niat, keinginan, kemahuan.

Pernah pada suatu hari, anak Imam Abu Hanifah bertanya, " Bagaimana saya mahu menjadi orang yang baik?"
Jawabnya, "Tanamlah azam di dalam hati."

Kan? Nak mula apa-apa pun, mesti kena ada kemahuan. Nak kenyang tapi tidak mahu makan..Erm, agak-agak kenyang juga kah? Benar, kenyang itu nikmat daripada Allah, tapi kita kena usaha juga terhadapnya.

Dan di situ bermula yang keduanya;- usaha

Usaha sungguh-sungguh. Jika fail jugak-jugak, jangan suka nak salahkan orang lain. Jangan juga sokmo-sokmonya salahkan diri sendiri. Jika benar kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, maka setiap ujian juga adalah nikmat- tanda kita adalah orang yang kuat! Sebab ujian yang kita hadapi tidak akan melebihi batas kemampuan kita. Jika ujian itu berat sangat, bersyukur kerana anda orang yang kuat untuk menerima ujian berat tersebut daripada orang lain. Bukan kah muslim yang lebih kuat lebih disukai Allah?

Dan saya simpulkan diakhirnya, pokok kepada segala-galanya, lebih utama dari yang pertama-tamanya tadi;- mintalah kepada Allah s.w.t.

-mahukan kejayaan
-mahukan ketenangan
-mahukan petunjuk
-mahukan ketenangan
-mahu jadi baik
-mahu jadi pandai
-mahu jadi alim

Mintalah daripada Yang Empunya kesemuanya. Bukan sahaja kita dapat apa yang kita mahukan, malah yang terbaik bagi hidup kita, sebab Dia yang lebih tahu tentang semuanya.

Wallahua'lam.



Ulasan

Catatan Popular