Random #8

Assalamualaikum.
Hi!

Hari ini saya mahu rant-ranting saja di sini. Kero tak kero nak tulis jugak-jugak sebab meja tulis ni dah bersepah macam apa je dengan assignment, tapi kepala tengah weng duduk kat tempat lain.

Mana?

Rumah. Home sweet home. Baiti jannati. Saya baru sahaja mengakui perkara ini sejak beberapa hari lalu walaupun selalunya isi utama karangan tentang isu kekeluargaan tidak pernah saya terlupa bahawa rumah di mana tarbiah bermula. Seakan menulis tanpa kesedaran, tulisan menarik pembaca tetapi penulis tidak terasa apa. Itulah yang dikatakan, hampas.(hampeh!)

Balik semula kepada rumah. Jika di universiti tidak tahu nak buat apa, aktiviti lazim, tidur lepak dengan kawan-kawan berfoya-foya di Mall atau movie maraton yang pagi esoknya bangun memang tak bole nak kata pa dah- mata panda dengan kepala pening-pening macam nampak bintang. Rumah, tak ada masanya pun nak buat macam tu. Walaupun kerjanya makan sahaja sepanjang hari. Sekurang-kurangnya tak perlu makan makanan MSG sekati.

Hmm..nak tahu, itulah kehidupannya penuntut sekarang. Yang sebaya saya lah. Macam atas angin. Sampailah saya mengubah persepsi saya semalam. Betul saya ternganga dengar talk daripada si berjubah hitam itu.

Kenalan saya Aisyah.<---saya tidak tahu ejaan namanya bagaimana, dan benar kenalan bukan kawan kerana saya tidak berkenalan rapat dengannya, cuma saling bertukar senyuman lewat berpapasan di birai koridor.

Nantilah saya ceritakan tentangnya. Kena buat karangan dahulu.

mek lin : Pensyarah bahasa Inggeris sahaya mengatakan bahawa ayat saya sangat sastera macam nak berpuisi. Betul ke?

Ulasan

Catatan Popular