Siapa kata zaman uni tak seronok?

Assalamualaikum.

hip.hip.HOORAY!

Alhamdulillah, hari Sabtu hari kemudian baru sahaja selesai kertas ujian pertengahan semester 3 Religion In Malaysia.  And officially end of mid- semester exam. Phew.

Religion In Malaysia kami belajar asas semua agama di Malaysia. Kira macam overview sahaja. Perbandingan agama nampak macam berat sangat. Waktu ni barulah tahu asal usul agama lain. Tak kurang juga kita tahu kenapa begitu dan begini dalam budaya dan agama lain. Tambahan pula dapat juga kita belajar  asas prinsip-prinsip atau ciri-ciri Islam yang membezakan dengan agama-agama lain. Seronok lah. Ilmu dan amal. Ruang lingkup pun jadi lebih besar. 

At the very least, we can serve for ourselves with knowledge when other people ask about Islam. Or someone arguing with us about their religion. Bila nak tahu, tiba-tiba pergi MPH di Midvalley Megamall ada ateis yang datang dan tanya pelbagai soalan? Takkan nak diam sahaja dan angguk (situasi yang terjadi pada rakan sekelas sebagai ibrah). Takkan nak biarkan orang lain cakap sewenang-wenangnya tentang Islam. Menunjukkan yang kita sendiri pun tak ada ilmu yang banyak tentang nya. Jadi, marilah menuntut ilmu kerana Allah. Berilmu dan beramal, baru lah ingat (cakap pada hati sendiri). Bukan nak jawab periksa semata.

Ada orang berada di universiti teringat zaman sekolah. Biasalah, zaman riang ria tak ada apa nak dirisaukan. Jika mesin masa tu wujud, dah lama kaya Doraemon. Sekarang perihal tugasan-tugasan, rakan sebiliklah, culture shock lah apalah, buat diri rasa tertekan. 

Tapi macam seseorang pernah beritahu, semua orang lalui perkara yang sama, bukan awak seorang, macam mana ada orang yang berjaya?

Semester terakhir ni baru lah tahu bahawasanya bersosial, maksudnya bergaul dan mengambil bahagian dalam program di universiti sangatlah seronok! Betul tak tipu. Memanglah tak sampai tahap ada jawatan, cuma jadi peserta- pun dah cukup nak lepaskan tekanan daripada asyik menghadap tulisan-tulisan dan sakit jiwa sorang-sorang. 

Kawan saya pernah beritahu, kalau rasa tertekan pergilah berbual dengan orang lain. Walaupun bukan bercerita tentang masalah tersebut. Betullah tu, saya tengah mengaplikasikannya, walaupun bukan semasa temuduga. And, its works!

Seringkasnya tahun akhir ini:  
- pergi berbasikal dan explorace di Wetland, Putrajaya. Memang tak pernah hayat dibuat sebelum ini main basikal lagi lambat daripada siput.
- berkelah di tepi Sungai Lui: haha, baru tahu Sungai Lui yang tajuk lagu Aizat tu benar-benar wujud
- mandi Air Terjun di Ulu Langat sampai pecah-pecah kuku. Dulu selalu pergi Lentang sahaja.
- water confidence dalam lumpur air bukit.
- berlari satu UIA PJ pagi-pagi pukul 8.30 
- yang paling tak menahan sekali pergi Skytrex di Bukit Cahaya Alam di Selangor, yang ada rumah 4 musim tu. Skytrex = bergerak dari satu pokok ke satu pokok, pakej saya, berada di udara setinggi 17 meter. Haiyoo! Terketar-ketar segala fibula, patella, tibia ke femur. Ada flying fox. Best, but no more second! =)


( klik untuk maklumat lanjut)

Semuanya hanya dengan mengikuti program yang dianjurkan Mahallah (asrama) dan usrah. Tapi semester ni belum berakhir lagi. Macam ada je yang nak dibuat sebelum angkat kaki dari PJ ni. Apa ye?

mek lin:: Tekanan terjadi apabila kita menekan diri sendiri. Ada lagi empat minggu sebelum finals, mari berusaha!





Ulasan

Catatan Popular