I'm alive.....now

Assalamualaikum.


Setakat ini, kita masih bernyawa, tulisan ini masih jelas dibaca, okeylah, mata anda belum rabun. Tapi untuk beberapa detik, tak ada sesiapa boleh jangka, nyawa masih dijasad tidak.

________

________

________

......................................................................................................................................

Tak sangka banyak lebih kita tumpahkan kepada orang lain, lebih daripada-NYA. Banyak kita tangisi kerana manusia, cerita korea, hindustan dengan novel daripada kalam-NYA sendiri. Yang khusus sebagai manual perjalana hiduup di dunia ni sebagai orang dagang. Lebih banyak manusia; retis, kaum Adam/Hawa yang kacak bergaya lebih menjadi pilihan mulut daripada membaca Quran. Tidak mahu sedekah di tepi jalan kepada orang susah, kerana takut riak...kononnya. Tidak mahu membaca bahan ilmiah kerana tidak cukup masa. Lebih suka memandang menggunakan mulut daripada mata dan akal. Malas menggunakan akal fikiran untuk berfikir.

Dan lebih parah, tak sedar pun semuanya sudah menjadi tabiat.

Kesan dosa kepada kehidupan. Hati jadi tak normal, jadi perilaku yang sepatutnya asing jadi..."Eh, normallah tu,".

Walaupun benda remeh...alah, dosa kecil sahaja tu...sebenarnya menimbulkan satu bintik hitam dalam hati. Jika dosa ni berbau, dah tentu kita nak buang ganti yang baru. Tapi hati tak boleh. Hatta nak keluarkan basuh dengan air zam-zam, luar sahaja yang bersih, tapi perasaan emo apa semua tak nampak. Hati hanya boleh dibasuh. Sental dengan berus kuat mujahadah di samping taubat, solat dan kebaikan yang dilakukan.

Dan doa adalah senjata orang mukmin. Mengadu pada Allah dahulu sebelum kepada makhluk.

mek lin:: Peringatan untuk orang yang lupa; saya sendiri. Intipati tazkirah ringkas Ustaz Zizi Zarimi di LY 005 semalam. 

Ulasan

Catatan Popular