Rewind #3

Jika diimbas balik keadaan Min sekarang dengan kartun upin ipin, adalah kepala Mina ni sudah keluar asap kepul-kepul putih menandakan penggunaannya sudah mencapai had. Pening dengan segala bentuk kebarangkalian. Agaknya, orang yang kerja dalam bab-bab pengiraan ini selalu sahaja berganti orang bahana kepeningan.

Tapi, ini juga sebenarnya menandakan Min sudah melangkawi had masa aktif. Automatiknya setelah jam 2400, segalanya jadi...Kosong...kosong...kosong...

Buku matematik matrikulasi langsung ditutup. Segala persoalan yang kusut dibiar jadi tergumpal dalam kepala. Esok-esok lah jumpa dengan madam. Sarah dan Ozer sudah lama mengalih perhatian kepada skrin hitam di hadapan mereka.

"Dah pukul berapa sekarang eh?" tanya Min dengan mata yang terpisat-pisat.

"Pukul 1."

Apa? Habislah, nak tidur, naik atas, harap-harap tak berkunci lagi bilik.

Min segera pamit. Sudah jauh malam, lagipun tak elok duduk mengendeng di bilik orang lama-lama. Habis sejabir Chipsmore Ozer Min makan. Setapak demi setapak Min mendaki tangga tertinggi, sana-sini sudah tiada orang. Haila.

" Geek, geek..gek." Kan Min dah kata, pintu sudah dikunci.

**********

"Sarah, nak tumpang tidur."

"Jomlah."

Good night.

**********
Sinar matahari yang masuk melalui celah jendela menyedarkan Min yang tidur tak ingat dunia. Cepat-cepat comforter Sarah dilipat dan ddiletakkan dibirai Sarah. Cepat-cepat Min naik ke atas. Harap-harap sempat berjumpa dengan mereka.

Dari siling atas bilik, kipas perlahan berputar, menandakan penghuninya baru sahaja keluar. Min sudah gelabah, bukankah kelas mereka pada jam sembilan? Dalam kusut-kusut tu, Min terbaca sesuatu di papan kecil di hadapan pintu.

Min,
kunci dalam
Sungguh indah sport shoes Aino!

(gambar kunci Ura)

Oooh. Alhamdulillah, dapat juga masuk dalam bilik.

Min terus tercari-cari mana letak duduk kunci bilik Min. Di meja tak ada, baldi tak ada, hanger tak ada.

Tak apalah, tulis planner dahulu. Zip pensel case dibuka. Bekas pensel ni Min tinggal di luar semalam, kawan sebilik Min yang bawa masuk.

Dan Min ternampak key chain warna oren di dalam.

Key chain kunci bilik.

Rupa-rupanya, kunci bilik Min ada dalam bekas pensel yang ada dalam gengaman Min semalam. Terlupa Min dah siap-siap bersedia jika terlewat pulang sebelum turun ke bawah untuk buat tutorial Matematik.

Min betul-betul lupa.




Ulasan

Catatan Popular