OH BELOG!!!

Assalamualaikum.

Blog ni dah beroperasi selama dua tahun lebih-lebih kut. Dah banyak cerita, dah banyak tulisan. Ada orang makin dewasa dan matang dengan menulis. Ada orang masih mencari-cari formula bagi mempromosikan blog. Ada orang berdakwah, ada orang ditarbiah.

Dan ada juga, blog lagi jujur daripada orang tu sendiri.

Ada juga, orang post macam-macam nasihat, tapi hidup tunggang-langgang.

(Nauzubillah.)

 Aku?

Kalau blog ni macam diari, macam mana? Oh no, saya pernah bergaduh dengan orang sampai tak bertegur sapa, sebab diari. Dan sekarang diari dah tak wujud. Planner sahaja yang ada. Jika ada yang terlupa minta ampun.

Oh, bolehlah, tulis tentang ini.

TAK BERTEGUR SAPA LEBIH TIGA HARI

My own experience. Dah lama dah, dah nak dekat 5 tahun. Fasal diari itulah. Guna silence protest. For a week. Nak gaduh tak boleh, nanti kena marah. Biasalah perempuan, kalau dan dia cakap tu, mulalah berkicau macam murai. Tarik-tarik rambut.(dramatik sangat la tu)

Macam mana. Berjaya, sangat berjaya sampaikan dah tak tahu dah nak berkomunikasi semula lepas tu. Rasa macam robot. Sepatah-sepatah. Nak buat natural pun dah tak ingat dah.

Ego sangatkan.

Nasihat tak bertegur sapa lebih daripada tiga hari tu betullah. Nak menyambungkan silaturrahim mudah, tapi jika dah putus, (sebab kita yang buat) nak sambung balik macam...

Tapi air yang dicincang takkan putus, kan? Kepercayaan itu penting.


mek lin :: Teknologi sangat membantu. Tapi apabila e-mel dah beberapa kali down dengan Mailer demon dan spams di samping semangat yang berkobar-kobar, rasa macam, " Heya, sori mahh, I'm busy with these 'lovelettas' that I forgot again to halloo you!"


Ulasan

Catatan Popular