REWIND #1
Beratnya lah mengusung beg roda yang penuh dengan buku teks ni.
Hari-hari pula tu. Nasiblah ada geng nak pergi berjalan ke sekolah
sebelah, tempat Umi dan Abah kerja.
Peluh yang menitik
di birai tudung tak diendahkan. Satu sahaja perkara yang Min harapkan. Cepatlah
sampai dalam bilik yang ada pendingin hawa tu. Cepatlah sikit sampai nak makan
ayam goreng dengan lada sulah dengan Ira.
"Min, nak air
tak?"
Zain menoleh
dengan muka bertanya. Zain rakan sekelas, anak kawan Umi, merangkap teman
seperjalanan balik sekolah dengan Ira dan Siti.
"Hmm."
Zain menoleh
semula ke hadapan.Lama. Min tertanya-tanya juga mana airnya. Nak bagi Min
ambil, tak nak bagi sudah.
Tiba-tiba sahaja
Min rasa macam terkena rintik hujan. Boleh ke ada hujan di satu tempat
sedangkan tempat lain panas membahang terbias ke muka?
Min pandang di hadapan. Zain masih dengan plastik airnya.
Tapi dah kosong. Tiba-tiba sahaja dia ketawa. Sah dia yang sembur air tadi. Yek,
air kat mulut dia!
“Zain!!”
Cepat juga Min sampai di bilik Umi dengan Abah. Gara-gara
Zain lah. Sampai sudah Min tak makan nasi dengan ayam goreng lada sulah sebab
baju dah kuyup terkena air nanas Zain.
Ulasan
Catat Ulasan
Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.