Random yang entah berapa kali...tak ingat

Assalamualaikum...

Uhuk..uhuk.. (batuk).
Dah lebih seminggu dah rumet dua orang ni asyik batuk. Aku tau kalau batuk lama tu macam mana, jadi macam kesian lah sikit. Sekali batuk satu kepala bergegar, jadi kalau dah banyak kali tu...haduii pening kut.

Peperiksaan dah selesai. Baru mid-sem exam je pun dan lebih sebulan bagi menghabiskan baki course study. Dan kemudian, pengakhiran kepada segala assignment dan final dan kemudian cuti lagi tiga bulan. Hoh. <---Hoi, jangan mengeluh! Sekurang-kurangnya adalah benda yang nak dibuat daripada duduk termenung memandang siling. @.@

Tentang peperiksaan, zaman Jepun dulu adalah terfikir, kenapalah ada ujian? Peperiksaan bagai. Dah tu nak kena hafal banyak-banyak dan kemudian semasa ujian tonggeng semua isi kepala keluar. Tambah tekanan pula tu. Ada lagi yang kata ujian ni tak pe pun dapat berapa-berapa, asalkan korang faham, hati mulia...

Betul juga. Tapi baru sedar bahawasanya, semua perkara bergantung pada penilaian orang tu sendiri. Dah jelas baik adan buruk. Exam ni tak lah buruk sangatpun, nak ukur tahap kefahaman, daya ingatan terhadap sesuatu, supaya kita dapat berfikir merujuk kepada situasi dan bukan teori sahaja. Dan grades tu bukan ukuran tahap kefahaman, tapi kena dapatkan juga yang terbaik, sebab Islam ajar kita jadi yang terbaik kan?

Sebab kita bawa identiti Islam. Sebab kita nak Allah lihat kita. Kita tak mampu nak buat semua perkara; solat malam setiap hari, berzikir dua puluh empat jam, tapi perkara-perkara yang kecil begini, buat lah dengan sepenuh hati kerana Allah.

mek-lin :: Jangan cakap banyak, buat. <---peringatan untuk diri sendiri.

Ulasan

Catatan Popular