HUH? DEAD?

Assalamualaikum.

Hi, Malaysia!

Dah macam puteri lilin dah tidak mahu keluar daripada rumah agam duduk senyap-senyap menghadap laptop. Banyak daulat!

Pernak tak tengok kematian datang menjemput di hadapan mata? Tak kiralah sedare-mare ke, atau orang kebanyakan. Rakyat marhaen kata IMAEN. Saya tak pernah.

"Adik, kenal tak Cikgu ******?"

"Yang mana?" Adik bertanya kembali sambil dahinya berkerut-kerut mengingati.

"Yang kerja satu bengkel depan Abah tu."

"Hah!" mengangguk-angguk, "Kenapa?"

Abah diam.

Adik sambung lagi, "Dia meninggal tadi eh?"

Saya buat muka terkejut. Adik aku ni main-main ni. Tapi aku nampak abah dah mengiakan cakap adik. Mana adik tahu? Alah, sekolah dia sebelah je dengan tempat kerja Abah. 

Dan berceritalah pula al-kisahnya. Dia meninggal di kantin ketika sedang makan. Semasa dia berseorangan di meja makan, tiba-tiba dia rebah dan terkulai jatuh dari kerusi. Tiada warning semput apa-apa pun. Sekejap kemudian, tatkala ambulans datang, dia dah pun tiada, kata orang yang berada di situ ketika kejadian berlaku.

Mak yang berada di tempat kejadian memang dah tak sanggup nak kata apa-apa dah. Rasa macam setiap kali teringat, dia main flashback pula tayang semua peristiwa yang berlaku. Nampak orang meninggal tiba-tiba.

Tak kisah lah apa pun asbabnya dia meninggal dunia. Yang pasti kematian datang menjemput bila-bila sahaja. Tak boleh nak ditahan-tahan dah. Bukan boleh macam rasa nak terkucil, sempat lagi pergi cari tandas elok-elok ada air bagai. Macam dah nak hujan mana boleh tahan bagi tak turun sebab den tak bawa payung.
bekalan tak cukup laie nih - En GOOGLE





Emm..tak boleh nak tulis dah. Cik fikirlah sendiri ye.



Ulasan

  1. naaa.. sentap kejap.

    true. come w/o warning. anytime. anywhere.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular