ALAMAK, KURANGLAH MAKANAN AKU KALAU BERI KAT DIA NI

Assalamualaikum.

Matematik; jika dua tolak satu tinggal satu. Dan nombor yang lebih kecil menunjukkan kuantiti yang kecil. Rugilah apabila kita dok beri kat orang barang-barang nih.

Kak Nawal ada kata pada Meena, bahawa dia seorang yang sangat boros. Suka sangat belanja orang makan. 

"Akak suka kalau belanja orang makan. Rasa gembira. Tapi itulah, duit cepat je habis. Sekejap-sekejap dah nak kena minta pada tabung Pa dan Ma."

Meena rasa kalau macam tu, mana nak gembiranya, asyik-asyik kita yang belanja orang. Orang tu jimat duit. Kita semput. Nak-nak tengah gawat tak kerja lagi. Dulu, nak kongsi dengan orang makanan pun payah. Muka cemberut semacam.

Tapi daripada riak mukanya, taklah menunjukkan bahawa dia kesal. Mukanya tak lekang dengan senyum memanjang. Gembira tak sudah. Kadang-kadang Meena pun naik pelik, " Eh, akak ni betul ke dak? Happy sangat nih."

Tiba-tiba teringat juga pada sponsor yang perlu dicari waktu di sekolah dahulu. Memanglah Meena tidak bertanggungjawab mencari sponsor, tapi kawan Meena pun ada mengeluh, susah betul mahu cari sponsor nih. Meena pun terfikir juga, eeh, sapalah nak bagi sponsor banyak-banyak free sahaja. Macam dalam TV tu, dua tiga ribu bagi cek gergasi daripada satu syarikat besar di ibu negara kepada rumah anak yatim. Alah, syarikat besar pun celah gigi sahaja. Tapi orang kata orang kaya kedekut...Ooopps.

INI BUKU
Bukan buku ini yang Meena baca. Buku lain. Karya Pahrol Mohd Juoi. Tajuknya, Nota Hati Seorang Lelaki. Hamboii kau Meena, yang kau care sangat pasal perasaan orang ni apa pasai? Baca dulu.

Katanya,

Mahu diberi mestilah lebih utama kita memberi dahulu.
Mahu disayangi, pertamanya haruslah menyayangi dahulu.
Berilah jika mahu diberi.

Tangan di atas lebih baik daripada di bawah. Oh, sebab itu lah orang memberi! Sebab mereka tahu yang memberi itu menambahkan amal, mengkayakan jiwa, membersihkan hati dan harta. Tak rugi apa pun aih. Banyak bekal akhirat tu ya.

mek lin :: Meena si watak fiksyen.

Ulasan

  1. I dah baca buku tu memng niceee :)

    Ehem, msti memberi dahulu :D

    ~insya Allah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haahkan you.. best, macam baca semua kisah diri sendiri tak sempat diungkai maksud tersiratnya

      Padam

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular