RANDOM #8


Assalamualaikum.

Ini update yang sangat pendek Bagai menulis di dalam planner sahaja.

Cuti yang panjang berjela kadang-kadang buat orang tak tentu hala. Sebab, orang yang cakap tu hari-hari hidupnya hanya melakukan perkara yang "dipaksakan" ke atasnya. Contoh, studi. Apabila cuti dan pulang ke rumah, kerjanya menghadap laptop separuh hari. Yang lain tamau. Dah kenyang tengok videos dan kata-kata bisu.

Cerita sendiri dan realiti hari ini. 

Sebab itu kadang-kadang mata yang jelas tak perlu pakai specs buta menilai kerja keras orang tua. Buta menilai kasih sayang dengan harta. Hanya menghulur tangan minta duit buat topup hari-hari.

Bukan mereka nak harap kita kerja pun. Tak luak pun gaji makan bulan-bulan.

Tapi, jaga diri sendiri, dan kesenangan bagi mereka apabila pulang dari tempat kerja lewat petang.

Dan tak ada masalah bagi tidak tahu nak buat apa sekarang; malah padat waktu dengan perkara yang berfaedah. Bukan hasilnya sekarang, tapi mungkin nanti?

mek lin : Really, its random. 

Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular