A Little Thing Called LOVE

Assalamualaikum.

Ini review. Cerita ni memang dah lapuk. Tapi saya masih rasa cerita ni evergreen, sebab...based on true story. Hahah. :)

 Siapa teraju utamanya ;- Mario Maurer dan Pimchanok Leuwisetpaiboon. Okey, ini cerita Thailand. 

Cerita dia berlatar belakangkan suasana budak-budak sekolah yang baru membesar. Baru nak kenal erti persahabatan, cinta dan cita-cita. Nam (Pimchanok Leuwisetpaiboon) asalnya seorang budak perempuan yang berkulit gelap dan rendah diri. Dia mempunya tiga orang sahabat yang sering bersama sejak tadika lagi. Di sekolah dalam diam, dia menyimpan rasa suka kepada seniornya, P'Chon (Mario Maurer).

Macam-macam usaha dilakukan bagi menonjolkan dirinya bagi mendapatkan perhatian daripada P'Chon. Tak lupa juga ada watak gadis yang pura-pura ayu untuk memikat P'Chon. Yalah, P'Chon adalah antara yang macho dan handsome di sekolah. Budak-budak sekolah sekarang kan suka orang yang gedebe- gedebe sedikit. Macam itu juga lah Nam.

Jika korang ni otaku, kira macam cerita shojo Jepunlah yang ada seorang Prince; yang hebat dalam segala-galanya di sekolah di sukai oleh ramai budak sekolah. Dan seorang budak yang sangat biasa-biasa sahaja yang disukai juga oleh Prince tu.

Yang bagusnya, P'Chon juga suka dekat Nam!

Tapi bukan tu yang saya nak highlight. Saya suka cerita ni  sebab;

The LOVE that they feel bring them to the best of their life. The LOVE is inspiration for one to be better than they are now.
Mereka kapelkah di sekolah? Noo. Habis tu? Kenalah tengok sendiri. >.<

Best Friends
Prince Charming yang kacak. HOHO.


mek lin : Jiwang itu bukan saya.


Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular