Selongkar kotak hati

Assalamualaikum.
Huhui!

Along Alone
Haah..sebab itulah dia sibuk-sibuk punggah kotak dekat bahagian atas gobok baju tuh. Niatnya cuma mahu menyimpan sekeping gambar rakan sekelas yang tertempek atas meja sejak semalam, tapi macam berjalan ke belakang pula sejak kotak itu dibuka. Semua kad-kad zaman ribena hingga sekarang yang masih seperti kanak-kanak ribena juga masih berkeadaan elok. Kad Matrik Cik Jiha juga masih ada terselit dalam timbunan kad-kad itu.

Mata tertancap pada sekeping kertas warna biru. Masa berpusing lagi, kad biru ini kiriman kawan aku yang sudah berpindah sekolah, (padahal aku pun sama ). Dan-dan sahaja kad itu terlepas pada waktu aku masih lagi berhiba duka bermuram durja. Dalam kelas tingkatan empat tika itu muka aku serius merius sahaja, sampaikan kawan sebelah meja aku cakap, kau ni serius gila asyik buat latihan matematik tambahan sahaja. Sebab aku sendiri dah lupa, jadi aku nafikanlah sekeras-kerasnya.

Banyak juga pesanan yang dia tuliskan dalam kad itu. Cumanya, aku boleh tulis yang ini sahaja, Sebab yang lain itu dia mengenakan aku sahaja. At least, aku rasa terhibur juga.

Lelaki dan perempuan itu bagaikan minyak dan api. Jika tersentuh, maka maraklah ia.
Terima kasih lah ye. Kau memang kawan yang best! 

Kemudian aku pegang sampul surat kecil pula. Habis berterabur isi sampul surat macam tak larat nak menanggung dah isinya yang mampat. Aku ingat cebisan kertas ni.

Ada ke patut aku dapat sebotol air mineral 500ml yang dalamnya penuh dengan kertas warna-warni bertulisan pada hari terakhir aku bersekolah di Muadzam Shah itu. Balik sahaja di rumah, terus aku kosongkan botol air tu dan menempek semua kertas-kertas itu di dinding bilik air. Bilik air pula yang penuh dengan kertas warna yang warna-warni bagai tu. Kreatif betul mereka ni. Tengah-tengah lucu tu sebak jugalah baca tulisan merapu korang. Emo-no punya budak! Lagi nak tipu diri sendiri huh!

Dahlah. Banjir pula hari ini. 
Ja'a.

mek-lin : mengarut sudaa.

Ulasan

Catatan Popular