Satorare

Assalamualaikum.
Huhuuuui.

Saya bukan nak menulis kanji Jepon-nippon-apa-tu pun. Tak reti, tak belajar, tapi KIPAS jugalah cerita jepun macam Hanakimi itu. Trademark rasa terkejutnya....

EEeehhhh....(sila sebut dengan kuat dan rasa shock yang amat)

Oke. Cerita hari ini begini. Sedang duduk meniarap macam ular sawa atas katil sambil menghadap soalan-soalan latihan Matematik 1 yang banyak amat itu, tiba-tiba sahaja saya terpandangkan visual selain daripada Running Man di muka komputer riba rumet ( rakan sebilik a.k.a roommate). Disebabkan itu saya pun mampir sehinggakan sudah berada di sebelah dia pun. Bilanya tarik kerusi pun tidak ingat. Sengal je saya tengok cerita fasal lelaki ni yang semua yang ada dalam kepalanya, bagaikan terapung -apung di udara dan didengari orang lain.
macam inilah rupanya bila berdekatan dengan satorare tu



Biasanya kes orang yang boleh baca fikiran orang tu dah sering didengari. Tetapi orang yang fikiran dia boleh didengari orang lain memang pelik. Ceritanya tentang kumpulan manusia ini dipanggil satorare, si genius tetapi kelemahannya, setiap apa yang difikirkan mereka akan turut diketahui orang lain sejarak beberapa meter daripada mereka. Satorare dalam cerita ini ialah Satomi. Keadaan ini amat mengganggu orang yang rapat dengan mereka sebab semua rahsia akan terbocor dengan serta merta. Apalagi perempuan, buatnya si Satomi tu jatuh hati dekat perempuan itu, satu kawasan tahu tentangnya. Tetapi mereka tidak dibenarkan memberitahu Satomi tu yang dia seorang Satorare. Dan saya pun guling-guling sakit perut bila kejadian itu memang berlaku dalam satu episod dalam cerita itu. Ish, tapi tak baikkan gelakkan kelemahan orang lain.

Cubalah bayangkan jika memang ada kejadian sebegitu. Nak kutuk-kutuk sikit dalam hati pun tak boleh. Nak kembang semangkuk kena puji pun karang jadi malu. Pergh....ada hikmahnya setiap ciptaan ya. Dah tengok benda-benda luar alam macam ini baru tahu menghargai apa yang ada pada diri.

mek-lin : tapi tak habis tengok pun. Exam. Exam. Ganbatte ne, oh!


Ulasan

Catatan Popular