Sayonara..Sem 3 2011/2012

Assalamualaikum.
Haip!!!

Lama tak lama jugalah, dah nak habis pun first year belajar asasi. Apa ni? Kenapa tiba-tiba sahaja orang lain asasi setahun, awok bantai dua tahun? Repeat eh?

Hamboi, sesedap oren je kata ye. Tempoh asasi saya sememangnya dua tahun, special case kot. Orang lain asasi setahun campur ijazah empat tahun. Cepat kut, kemudian sudah boleh ambil master, phd bagai. Orang lain dah jadi senior, saya masih lagi dok menekuni buku-buku. (tekun lah sangat). Dan satu-satunya tempat asasi yang ada tempoh dua tahun, setahun setengah, dan juga setahun. Satu sem mungkin keluar awal agaknya.

Tak rugi ke masa dua tahun tu?

Biasalah tu, rasa macam diri selalu kurang daripada orang lain. Nak yang superb je. Tetapi apa yang diberi semula tak sama pun seperti apa yang kita inginkan. Macam nak makan burger Mc Donald tapi pergi beli burger Malaysia, kan jauh bezanya tu. Takkan makan burger Malaysia sama rasa dia macam burger Mc D tu. Kenal ke tak burger Malaysia nye ni?

Inilah rupanya burger Malaysia.- gambar Google
Kecur air liur pula den tengok. 

Analogi saya kadang-kadang mengarut sikit. Hehe. Sila jangan komen analogi tersebut ye. (-- ')

Happy Holiday! Jom cuti-cuti Malaysia. Lepas ni kena happy reading, learning, brainstorming bagai pula.

mek lin : ramai yang dah habis asasi kan? nanti bagitahulah korang dapat ke mana pula ya.


Ulasan

Catatan Popular