Mini Cooper S

Haa. Puas hati dapat letak gambar kereta kat sini. Kereta idaman? Tak ada maknanya. Ini kereta yang adik lelaki saya selalu sebut-sebut nak pakai bila dah besar nanti. ( Hmm, tekde keja betul cerita fasal ni).

Hari ini studi circle saya ada bincang tentang ini,

KENALILAH DIRIMU, KAMU AKAN MENGENALI TUHANMU

Kenali diri sendiri? Macam mana ya?

Siapa manusia tu? Dari mana kita datang? Apa tujuan kita diciptakan? Ke mana kita akan kembali? Apa sebenarnya hak milik mutlak kita?

Manusia ni makhluk, HAMBA. Manusia diciptakan. Jadi haruslah ada Pencipta bagi sekalian makhluk. Dan bagi makhluklah untuk taat kepada setiap perintah Rabbnya. Tanpa kompromi. Maksud saya bukan tiada keringanan dalam setiap perintah Allah itu yang sememangnya menyusahkan hambanya, tetapi itulah kasih sayang Allah memberikan rukhsah bagi melakukan setiap perintah yang wajib. Yang wajib mestilah dilaksanakan dalam apajua keadaan sekalipun. Contoh, solat. Darurat tak ada air pun boleh tayamum, Rasulullah semasa perang di saat yang genting pun masih solat. Jadi apa alasan kita tak mau solat sedangkan kekasih-Nya solat sampai bengkak-bengkak kaki.

Asalnya Adam dari seketul tanah, sama jugalah keturunannya adalah tanah. Dan akhirnya kita akan dikembalikan juga ke tanah. Dan manusia juga asalnya dari air mani yang terpancar. Punyalah hina dan lemahnya manusia ini, tetapi Allah telah jadikan kita sebaik-baik kejadian. AKAL, yang membezakan hak dan batil. Akal yang membezakan manusia dengan haiwan.

Manusia juga sanggup menerima amanah khalifah yang makhluk lain tak sanggup buat.

Yang besarnya amanah tu bila diletakkan pada gunung, gunung hancur. Manusia dijadikan untuk menjadi khalifah, abid- mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Hak mutlak kita; ada ke? Raba-raba mata, nikmat lihat yang besar. Ni pun Allah punya. Jasad, semuanya dari Allah. Roh? Pun Allah tiupkan ke dalam jasad kita ni.

Kita ni tak punya apa-apa pun.

(Saya diam.)

"Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?"

Wallahua'lam.

mek lin: Perkongsian ilmu semasa usrah dengan Kak Husna. Sharing is ca. ring. Heheh.



Ulasan

Catatan Popular