DEMAM CINTA KURA-KURA


Assalamualaikum.
Hi. Apa khabar?
Hari ini tak fasal-fasal kura-kura jadi artis jemputan. Apa sebenarnya yang mahu saya sampaikan ini ya? Saya sudah jatuh CINTA dengan jejaka terhangat? Wah. Wah. Jika ada yang berkata sedemikian baiklah anda mengambilnya sebagai angin lalu sebab Mek Lin ni tak tahu pun apa bendanya jatuh cinta tu. Jatuh tergolek-golek sebab ketawa adalah. Setakat tengok wayang campur mesej dua-puluh-tiga-jam tu namanya angau. Bukan cinta kut.<--ini pendapat saya yang masih bayi lagi.

Sudahnya, apa yang saya mahu katakan jika saya sendiri belum arif bab-bab mi segera cintan-cintun ini?

Cuma luahan pendapat. Jenuh lah saya menunggu hebahan talaqqi dan halaqah namun hampir kebanyakannya berkisar tentang cinta pemuda-pemudi ini. Serasanya perkara yang sama sahaja yang dibincangkan sehinggakan sampai satu tahap saya merasakan yang topik hati ini dibincangkan lebih-lebih hingga semakin longgar jadinya.<---sekali lagi pendapat saya.

Ironisnya, makin banyak pula cerita-ceriti di kaca tv yang menghangatkan percintaan muda-mudi. Apa penapisan karya cereka hanya pada unsur-unsur tahyul dan khurafat, bukan soal batas pergaulan; nak berlakon pakai kain batik golek-golek atas katil pun boleh? Entah, cuma pendapat saya sahaja. Lagi, sekarang ni ada cerita tentang remaja yang kahwin zaman belajar di universiti lagi. (saya peminat setia drama tu, tak lepas pun setiap Selasa). Salah? Tak langsung. Jika sayalah, saya lagi sokong tau. Tapi audiens hanya ambil bahagian yang "sweet" je, yang belajar sungguh-sungguh dan nak nikah tu tolak tepi. Hmm.

Konklusinya, kahwinlah jika mampu cepat-cepat.<Ehh> 
Janganlah pasal kemaruk cinta, habis semua benda terganggu. Nak cinta, sayang, rindu, boleh. Nak bercinta sebelum kahwin tu saya rasa no way. Ke yes way? Saya cuma pemerhati luar. Jadi saya tiada hak untuk menilai dan menjatuhkan bom atom untuk pesalah.

Senang-senang, kahwin je lah. Mula cerita baru pula. Hee.

mek-lin: Betul, ini pendapat sahaja. Jika kalian rasa ada unsur-unsur cemuhan, umpatan atau mengaibkan sila beritahu saya segera. 

ni cerita baru: memang ada betullah cerita cinta kura-kura..hayoo


hee..best tak cerita ni ye?


Ulasan

Catatan Popular