BOSANNN


Assalamualaikum..
Uhuk.uhuk. Lamanya menyepi. Mana tak nya jika sudah hampir dua bulan bertapa di Petaling Jaya. Best? Banyaklah. Makin nipis je poket dompet saya ni ha.

Hari ini mau cerita pasal apa? Haa. Saya nak cakap fasal cuti. CUTI. Suka oh! Bila cuti je, perkara pertama yang saya akan buat adalah talifon rumah dan tempah tiket bas dan balik kampung. ( Tapi, hari tu mak saya cakap tak yahlah kerap sangat balik nye). Dan cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam kali ini saya hanya melepek sajalah di dalam bilik. Sedih. <--- Lagi nak salahkan orang, padahal diri sendiri yang gatai tak nak balik rumah!

Serius saya cakap, bertuah betul saya sebagai rakyat Malaysia ni sebab banyak cuti. Bila cuti Tahun Baru Cina penuh je bas tu orang balik kampung. Saya pandang kiri kanan; sudah tentunya bangsa saya juga rata-ratanya pulang ke kampung halaman. Deepavali ke Raya Haji ke pun, perkhidmatan pengangkutan awam pun penuh. Pelik juga jika difikirkan, orang lain punya raya (dapat cuti) kita yang sibuk-sibuk nak balik kampung. Haila. Tapi, saya tak kisahpun. Jumpa lah orang tua anda selagi masih sempat.<--ayat sedih pensyarah fizik saya yang sememangnya benar.

Ujian pertengahan semester bakal menjengah. Nak kena sambung belajar balik nih.

Jumpa lagi. Hee.

mek lin: belajar la weh macik. Jangan layan Jung Yong Hwa tu. :-)

Ulasan

Catatan Popular