Berlapang Dada Itu Best


"Berlapang dada lah sikit. Mengalah. Ini tak, asyik nak gaduh je." kata-kata seorang kawan kepada Alif yang asyik tidak sebulu dengan Milah. 

Bukan kawan Alif tu je yang cakap macam itu. Ramai je yang dapat nasihat percuma macam ini. Baik kecil, tua pun sama. Tapi yang tua oleh sebab egonya lebih tinggi, terus meletakkan bom kepada hubungan yang terjalin lama. Selepas itu, punahlah. Tu yang sampai usia perkahwinan dah lanjut, ada yang bercerai-berai. Nauzubillah.

Analoginya di sini, saya mahu meminjam kata-kata penceramah yang sudah saya tidak ingat siapa, tentang dulang. Dulang di atas itu banyak saiz kan? Ambil dua; satu yang besar, satu lagi kecil. Isikan dengan air sampai penuh.Letakkan kuantiti garam yang sama. Yang pertama diletakkan sesudu, yang kedua pun letakkan sesudu garam juga. Kacau rata-rata. Kemudian ambil sedikit dan rasa.

Mana satu yang lebih masin?

Dah tentu air dalam dulang yang kecil lebih masin daripada dulang yang besar. Kuantiti air yang lebih sedikit menyebabkan kepekatannya tinggi. Eww..masinnya.

Hati yang besar tidak akan terkesan dengan perkara yang remeh temeh. Setakat tercuit bahu sedikit sudah mahu berantam lebih- lebih apa kes? Banyak lagi benda yang perlu dikhuatirkan dan diharapkan. Amalan ibadat aku macam mana, tanggungjawab aku sudah laksana atau belum, dan sebagainya. Sementelahan pula, hati yang kecil (bukan hati kecil ya- beda tu) mudah lemah dengan anasir-anasir luar. Fikiran lebih sempit. Orang usik sikit pun merajuk bertahun-tahun. Uh.

Jomlah miliki hati yang besar!

mek : pasaraya mana yang jual eh? Oh, ada! Utamakan yang utama!





Ulasan

Catatan Popular