Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia?



Sudah dua hari tok (nenek ye!) saya tanya; mana resipi doh karipap? Sengih sumbing saya jawab sambil tepuk dahi, "Err, lupalah pula tok! Hehe." Padahalnya hari-hari duduk menghadap laptop ni, maklumlah dapat wifi percuma. Canggih jugalah kampung saya jika begitu. Nak cari resipi mudah je- pergi je dekat myresipi. Insya-Allah ada. Itu sebablah juga naik lenguh bahu ni hari ini duduk menguli dengan gelek-gelek canai doh. Fuhh!

Dalam pada memerah keringat menguli doh sampai masak tu, tiba-tiba talifon bimbit Nokia X3 saya tu melagukan nada dering Mungkin Nanti-Peterpan.

"Nabila, tolong ambilkan handset tu," pinta aku yang kelelahan menguli tepung dengan marjerin ni.

"Hello, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Lin, result kita keluar hari ini." balas orang di hujung talian.

Sesungguhnya dan sebetulnyalah sistem bunyi kala itu amat teruk. Laksana bercakap dengan orang jauh di Mesir sahaja. Aduhai! Namun, dapatlah juga saya menangkap butir bicara teman seperjuangan saya itu. Ya, nadanya gembira. Haruslah, berkongsi kesenangan dengan keputusan pointer yang pada hemat saya sangat baik! Saya pun tidak secemerlang itu.

Tahniah! Tahniah!

Siapa? Erm..tak perlulah saya beritahu. Nanti kembang semangkuk pula dia. Pokoknya, saya bangga dengan teman-teman saya walaupun mereka telah meninggalkan saya bertapak-tapak di hadapan. Teruskan usaha kalian dan saya juga demi mencapai impian masing-masing. Hatta mahu qada' hajat pun perlu berusaha untuk ke tandas, nak makan kena pakai tangan, sudu, tolak masuk dalam mulut dan kunyah. Semacam tidak pantas pula duduk bermalas-malasan. Maaf, itu cuma pendapat saya yang naif ini.

Ternyata betullah pepatah arab itu, man jadda wa jada. Sesiapa yang berusaha dia yang dapat hasilnya. Sesiapa yang menanam akan menuai. Jika telah berusaha namun tiada benih-benih kesuburan, bukan tidak berjaya; cuma belum berjaya. Dan gantunglah pengharapan hanya pada Allah, bukan manusia. Kerana asal semuanya daripada Allah jua.Wallahua'lam.

Hah, tentang karipap pusing itu pula, saya sempat snap semasa mereka masih asyik berposing setelah direndam beberapa ketika dalam minyak panas. Memang hot! Panas!
Pertama kali buat nih. Sedap woo.
RESIPINYA?

mek : Kenyang berbuka puasa tadi. Blurrp.


Ulasan

Catatan Popular