5 Lihat dapat Pahala

Hmm..tengok dengan sepasang mata je pun dapat pahala. Senangnya nak dapat pahala!

    Kaabah.
      Pandang kaabah di Masjidilharam, Mekah. Ting! pahala masuk.




    Air zam-zam. 
      Belumpun airnya menuruni kerongkong, pandang dengan rasa kagum terhadap kehebatan air yang telah     Allah ciptakan. Mahasuci Allah yang telah menjadikan air ini daripada tempat yang dahulunya kering-kontang. Air yang terbaik di muka bumi!



    Al-Quran.
      Kitab yang penuh hikmah dan rahmat. Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yang kekal hingga hari kiamat!



    Ibu Bapa.
      Ibu susah sembilan bulan sepuluh hari mengandungkan kita. Bersalin pula macam nak mati. Ini bukan momokan, kerana sakit bersalin berganda-ganda sakitnya daripada sakit yang dapat ditampung oleh badan kita sendiri. Abah pula mengerah keringat mencari rezeki. Tak salah pun jika kita munukar wallpaper talifon canggih kepada gambar orang tua kita kan? :-)

    Alam dan 'Alim.
      Uhh..mana nak cari si kembar ini pula. Ini bukan kembar; alam= alam semulajadi di sekeliling kita, 'alim=orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Pandanglah alam semulajadi dan bersyukur atas keindahan yang telah Allah ciptakan. Bergaullah dengan orang 'alim, moga-moga dengan ilmu pengetahuan yang diberikan Allah dapat menyelamatkan kita di dunia ini. Insya-Allah.


mek: Buang gambar Jung Yong Hwa jauh-jauh.

Ulasan

Catatan Popular