Bahagian II Mencari jalan pulang

Assalamualaikum. Sekarang aku sambung cerita minggu lepas, manatahu, kapasiti otak semakin berkurangan, aku lupa pengajaran hari lalu. Bayangkan, ketika ditanya kawan sepersekolahan dahulu, cerita zaman itu, cerita begini, aku sudah geleng kepala tak ingat padahal kami bersekolah di sekolah yang sama.

*******************************************************
Dr Muhammad, mungkinlah tak dikenali di pentas dunia. Namun, sepusar orang di ruang tempat yang pernah beliau jejak, semua orang menghormatinya.

Aku pun turut serta mengkaguminya. Bukan kerana kampungnya Kg Neram! Heheh.

Sejak kelas bermula lagi, aku memang....uuuunada Fadzilah Kamsah lah dalam kelas. (Pensyarah kami memang ramai retiss). Memang setiap mana yang boleh diselitkan dengan tazkirah ringkas lima minit, dah cukup untuk bawa kami pada tuhan, lari sebentar daripada dunia.

Pada usia 60 tahun, kudrat yang ada tentu tak sama dengan dahulu. Nak menderu enjin membelah kegelapan malam selama tujuh jam...akau pun tak mungkin sanggup. Dr selalu sahaja ajak kami bersolat di awal waktu. Yang lain boleh tangguh, tapi mati tak tertangguh. Huuu...cita-citanya bukan ahli radiofarmasi lagi dah. Aku rasa, kini menjadi hamba yang disayangi Allah menjadi matlamat utamanya untuk berbakti sebagai tenaga pengajar hingga kini. Titik utama dalam hidup- berbakti kepada masyarakat.

************************************************

Aku serasa mahu meneruskan legasi beliau dalam bidang ini.
Amalina, cuba rajin, fokus dan tak main-main. Sini bukan tempat bermain dan mencuba, sinilah tempat kita gigih bercucuk tanam.

Seperti yang lalu, tempat orang muslim rehat hanyalah setelah mati.

************************************************
Aku tak ada gambar Dr nak tunjukkan satu dunia, Dr aku tu da bomb!

Aku cuma mampu mengirim doa pada langit, agar diberkati hendaknya guruku ini kullu makan wa kullu zaman.

Mek lin: Teringat hadis ini;

Mulakan pagi mu dengan menjadi pengajar atau pelajar, atau mendengar ilmu atau cinta akan ilmu, janganlah kamu jadi orang kelima, kamu akan binasa.

Orang kelina, tiada ciri-ciri di atas. Berhati-hatilah di waktu lapang!

Ulasan

Catatan Popular