Random 10

Assalamualaikum.
Hai peeps.

Mana tahnya peeps dah, aku bersyukur je tak ada orang duk meranduk ceconteng nagging lagging gulaing tulisan ni.

Hihi. Hari ini nak buat sedikit sebanyak celotehan sepanjang sebulan baru masuk semester ini. Kejap lagi nak balik rumah kat temerloh dah, doakan selamat sampai.

Dalam minggu ini sahaja, aku sudah ada dua prektikal makmal untuk subjek Pharmacy PRactice. Aku masih ingat lagi kut, kalau waktu kena kaunseling pesakit tu, memang selalu sangat aku gagap. Takut sangat gamaknya, dan kemudian sekarang, dengan ijinin Allah, time heals. Walaupun gemuruh masih ada, dengan persediaan yang ada insya-Allah boleh buat. Kuiz pun, benda yang memang tak boleh nak lari lah jika dah masuk kos farmasi ni. Markah yang dibawa untuk keseluruhan pointer pun memang banyak. Hampir separuh penilaian berterusan. Semalam pun bahana tak ulang kaji lagi, jenuh jugalah untuk aku berjaga, tidur, terbangun, kemudian tidur semula. Mujurlah pagi ini cuma sesi praktikal bukan kuliah, jika tidak ada juga aku kena tegur lagi dengan pensyarah T.T.

Tiba-tiba sahaja kan, aku seperti mahu belajar kanji. Huaaaa. Aku ada satu je manga yang aku memang tunggu setiap bulan, dan perkembangannya memang ya ampun lambat! Dan bila dah keluar, selalu tergantung, dan sambungannya masih dalam bahasa nippon. Aku pun.....haila.

Haaa....ingat tak lagi kasut quad yang aku mahu beli tu.
Taraaaa.....

Jap, aku kena upload guna lappy nih. Tak muat.

Keknya, bukannya aku dapat beli pun lagi, dah habs stok saiz dah. Yang ini rasa macam nak tarik rambut.! Sebab bertangguh tu lah dah habis. Huaaa.

Oklah, sebentar lagi sudah mahu bergerak pulang, jadi haruslah aku berkemas dan lihat status mobil. Hehe. Pekena pelajar Indonesia yang datang haritu. Sampaikan Sab pun aku tak tahu mana satu dia cakap indon atau Sabah. Huuu.

Wallahualam.
Wassalam.

Ulasan

Catatan Popular