Orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati.

Assalamualaikum.
Sekarang sudah lewat, tapi jika aku tidak menaip, makanya, memori ini akan jadi basi dan mood, emosinya, sudah tidak sama lagi.

Ini memori penting.

Belakangan ini semenjak terlibat sebagai ahli jawatankuasa untuk program yang dijalankan pihak persatuan pengajian, aku semakin melayang-layang- solat selagi sempat masa, Subuh dah dinosaur, bilik bersepah-larah, nota pensyarah memang dah lama aku tak telaah.

*************************************************************************

Aku beginilah, orang yang tak multi tasking dan selalu mudah terganggu. Meletakkan kesalahan atas bahu orang lain merupakan medium untuk melepaskan diri-yang aku selalu menyesal bila aku naik katil untuk tidur.

Hari ini, hari sabtu. Tapi, aku rasa seperti tidak bercuti. Dan seperti aku juga, semua orang emosi berkecamuk, dengan pertindihan program. Kebetulan pula subjek elektif farmasi radionuklear yang aku ambil mengambil slot hari sabtu ini sepanjang siang.

Sebagai rakyat marhaen, aku bereaksi seperti rakyat jelata yang lain.

*************************************************************************
Penat sungguh penat. Tak tipu. Tapi Alhamdulillah, aku berusaha juga untuk kekal bangun. Kalau boleh, mahu ambil cuti sehari.

Tapi kita bukan dai' separuh masa, hamba masa-masa tertentu, raja bila rasa mahu apa sahaja.

*************************************************************************
Dr Muhammad Awang tu, tak penat ke bercakap dengan penuh semangat? Aku pun dah tersengguk-sengguk ni dah. Dr Muhammad ni lah yang ajar manusia dalam cerita radioaktif yang digeruni masyarakat. Pendidik sejati, malahan macam atuk mengajar cucunya pun. 

Pagi semalam, Dr Muhammad bertolak dari rumahnya di Selangor pukul 3 pagi semata-mata ingin mengajar kami semua sebagai pelapis baru.

Aku macam, weh, kesiannya cikgu. Spontan, inilah cikgu yang buat aku menangis melihat dosa-dosa.

Aku rasa macam sibuk, tetapi Dr lebih sibuk, dengan keluarga lagi, part time lagi, dengan defect difficulties 

Ah aku tak tahan mahu tidur. Nanti aku sambung.

Ulasan

Catatan Popular