SENYUM

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Dunia mu berseri.....(tarik)

<alamak, lupa lirik!>

Senyum...kepada semua,
dengan senyuman terjalinlah..ikatan

Assalamualaikum w.b.t.,ya sodiqoti!

Moh pekena kopi dulu!
Seronok rupanya menulis pagi-pagi begini. Sesuatu yang sudah lama ditinggalkan. Situasi sekarang ;-

  Menghadap notebook sambil membelakangi tingkap, dan nyamuk turut bersantap betis bahana awal membuka daun tingkap. Lexus di sebelah kiri dan sebotol air masak di sebelah kanan. TV terpasang menayangkan Imam Suhaib Webb mengajar di papan putih. Umi sedang melipat kain. Abah baru pulang dari surau usai Subuh. Ada kuliah Subuh agaknya.

Biasanya...masih melingkar di kamar beradu. Boleh tahan juga idea Kak Nawal supaya online pagi-pagi. Tak ada lah macam tader kerja sangat lalu tidur.

Entri senyum. Entah tak ingat pernah tulis atau tidak. Macam pernah. Kalau tulis pun tak rugi. Tapi kalau dah tulis selalunya lari daripada tajuk. Teringat pada Cikgu Adnan semasa masih memakai uniform kain biru tua. Disuruh menulis autobiografi tentang pen, sibuk menulis panjang cerita televisyen. Masyuk sangatlah tu gamaknya.

Kenal tak Yusuf Estes. I know that he is a muallaf, from USA. But the first thing that captured my heart is he likes to smile. Regardless on where he is. (seperti mana yang pernah ku lihat) It is a merry warm smile!

Dan sunnah. 

Sunnah yang dilupakan. Atau poyolah kau ni sunnah bagai. Realitusnya patut pun kita ikut contoh teladan yang baik sepanjang zaman, Rasulullah s.a.w. 

Bagaimana pula bila tengah sedih? Takkan tak boleh nak ekspresikan perasaan kut. Tunjuk perasaan yang membuku dalam dada. Bukannya orang boleh belah dada atau baca fikiran, "Ehh, dia ni tengah sedih..". Dah tu dah tu macam mana. 

Pendapat ku yang kerdil ini, ada jalannya. JOM. Jalan Orang Mukmin. Adulah pada yang pemberi rasa. pencipta kita. Supaya dilapangkan hati, diuraikan gelisah. Dikuatkan iman. Tak perlu togok air setan setiap kali kecewa. Tak perlu ambil jalan mati membunuh jiwa. Sebab bukankah sesudah kesusahan ada kesenangan, setiap kesusahan membina ketabahan, kecekalan, dan keberanian.

Seperti tanah Gaza, mereka lebih layak sedih, jika kita tak peduli. Buat tuli. Tapi sebab mereka yakin dengan janji yang pasti......

SYAHID ATAU MENANG!

I am not living for nothing. This is everything I have. O Allah, help us. Help them.

imej google

Senyum-senyum.









mek lin :: ada azam? Eh, tahun baru dah lama lepas. Ni bulan 2 dah. Bulan Safar... Takpe-takpe, jom azam jadi lebih baik setiap hari.

Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular