KENDURI KAHWIN CIK HIDA

Assalamualaikum.

Semalam hujan renyai-renyai. Semalam juga banyak perkara berlaku. Dan dalam banyak-banyak kejadian itu saya mahu ingat yang ini sahaja- KENDURI KAHWIN!

Ahaha, tidak ada maknanya jika saya terasa tempias gatal mahu berkahwin. Ramai sungguh orang yang berkahwin semasa cuti ini. Senang, semua orang boleh datang. Mahu buat reunion pun boleh.

Semalam saya travel hampir dua jam ke Sungai Karang, rumah kawan saya- Noor Hidayah Moni. Oleh sebab saya ni susah nak tangkap peta dan jalan, dia memberikan hints jalan ke rumahnya;-

Ini yang saya dengar, 

Kau pergi ikut jalan ke Terengganu, lepastu nak dekat sampai Pantai Balok tu kau jumpa Hotel Swiss Garden, kemudian Duta Village. Kemudian ada Restoran Klinik Sisek, sebelah kanan. Kau masuk dekat lorong yang setentang dengan restoran tu. Belok kiri pada lorong pertama, rumah aku yang paling hujung.

Pusing ligat mecari rumahnya. Abah tanya, Sungai Karang arah Balok ke Beserah? Dah pening lalat, tak tahu nak cakap apa. Terus sahaja saya capai talifon bimbit dalam dashboard kereta.

Dayah, kat mana nih?

Okey, rupa-rupanya, Restoran Klinik Sisek tu ialah Restoran Planet Seafood! Apa daa....
ini gambar hiasan, malas nak upload lagi padahal gambar sekeping je pun

Dan, saya terkedu kut, ramainya orang!

mek lin :: Dayah, akak kau dah dapat, yang kau bila pulak. Aku rasa kau terima je lah cadangan mak cik tu.


Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular