Cincin di Jari

Zizi duduk di bangku lesu. Dia membelek-belek jarinya dan melepaskan satu keluhan. Jarinya ini sedikit gemuk. Tadi dia mencuba untuk memakai cincin Zara yang cantik namun saiznya tidak muat. Jari Zara memang ideal dan orang kata normal dan common. Zizi memandang jarinya pula.

Ini salah dia sendiri juga dahulu. Orang kata jangan patah-patahkan jari nanti jari mengembang. Lagipun memang tidak elok pun patah-patahkan jari ni. Dia dengar lagi orang kata macam sama dengan perbuatan syaitan macam menggeliat tu. Zizi tak tahu itu. Sudah tahu pun dah menjadi tabiatnya apabila berasa keletihan automatik tangannya akan berdetap-detap. Jarinya sudah tidak comel lagi. 

" Hei, buat apa termenung sorang-sorang di sini?" tanya Along yang baru sahaja pulang daripada tempat kerjanya sebagai akauntan di sebuah bank. 

"Along, tengok ni. Jari orang montoklah, tak cantik. Nak pakai cincin pun tak muat. Sedihlah." 

Along ketawa sahaja. Dia menyuakan tangan kanannya betul-betul di hadapan Zizi. 

"Wah, Along! Mana dapat ni? Siapa yang bagi ni?" bertubi-tubi soalan yang ditanya sambil matanya turut bersinar-sinar melihat cincin emas bertatahlan berlian sebiji yang berkilau di bawah cahaya matahari.

"Adalah." Along senyum misteri. " Kalau Zizi mahu pakai cincin pun boleh. Tak adanya orang kat dunia ni tak boleh pakai cincin sebab jari dia montok macam Zizi ni ha."

Zizi garu kepala. " Kenapanya yang Along yakin sangat ni?" Zizi bertanya lanjut.

"Dik oi. Jari orang ni bukannya satu jenis sahaja. Sebabtu lah cincin ini ada saiz. Lagilah untung Angah jari macam tu. Lagilah banyak emas nak diguna sebab saiznya pun besar. Kan. Untunglah Angah kalau macam tu. Tak rasa bagus ke jika orang kena berbelanja lebih untuk diri kita ni. Syukurlah setiap apa-apa yang Allah jadikan pada kita. Tinggal cara kita memandangnya sahaja samaada dia jadi kelebihan atau kekurangan. Hakikatnya, itulah yang terbaik."

"Oh, macam tu." Zizi angguk-angguk. "Jadi, jadilah ni kan."

Jadi apanya pula? Along angkat kening bertanya. 

"Along kan nak belanja Angah cincin." Along pula yang melopong.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Jangan dicela sesuatu disebabkan mata kita memandangnya hodoh. Sebaliknya, carilah kebaikan yang memberi keuntungan kepada diri sendiri.
 Wallahua'lam.
nak cincin juga boleh? Tak ada permata pun tak pa. Asalkan emas  999, paling koman  8gm.:)

mek lin : harga emas sentiasa meningkat tau

Ulasan

Catatan Popular