Sinaran matahari sumber kehidupan

Assalamualaikum wbt. 

Maaflah masih dalam fasa teori kuantum. Sebagai orang yang minat dengan kerja-kerja rumah, bertukang, membaikpulih, berkebun, dan memasak, khususnya berkebun lah, aku ada teori bahawa kepanasan matahari sekarang intensitinya tidak sama macam beberapa tahun lepas. 

Dulu aku nak tanam perlu berada dibawah pergola. Perlu adakan lindungan pada pokok-pokok, namun sekarang tidak. Sumber tenaga cahaya matahari tu macam terkurang. 

Kalau tenaga cahaya tu boleh dikuantitikan dengan E= hv, aku rasa dalam julat frekuensi yang sama, tapi mungkin terendah, panjang gelombang 200nm? Jadi tenaga yang sampai, E pun rendah. Tanah makin lembap, tak sempat kering menggalakkan pertumbuhan kulat dan perosak. Penanaman sayur-sayuran dah perlu diletakkan terbiar terik matahari. 

Menariknya lagi, semua jasad atau bahan asli dibumi mempunyai tenaganya tersendiri. Tenaga keupayaan daripada tenaga sinaran suria yang merentasi bumi lalu tersimpan dalam kapasiti zarah. Boleh kah aku katakan bahan tersebut ber"nyawa". Contoh, batu galian berharga, sumber gas asli dasar lautan daripada mendapan fosil (tenaga tersimpan dasar laut. Juga manusia. 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ”Setiap persendian dari manusia itu ada sedekahnya pada setiap hari yang matahari terbit padanya. Berbuat adil antara dua orang adalah sedekah, menolong seseorang dalam urusan kendaraannya membantunya agar bisa menaiki kendaraannya atau engkau angkatkan barang-barangnya ke atas kendaraannya itu juga sedekah. Sebuah ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang kamu ayunkan menuju tempat shalat adalah sedekah dan engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah”. (HR. Bukhari dan Muslim)[1]

[1] Diriwayatkan oleh Al Bukhari (2989) dan Muslim (1009)


Semuanya adalah perbuatan bukan hanya sedekah secara material yakni menghulurkan kewangan. Apakah yang disedekahkan itu? Tenaga. Matahari terbit dengan cahaya mengecas manusia dan segala isi bumi pada suatu hari yang baharu (ini tafsiran aku sendiri lah, dengan sedikit kefahaman tentang tenaga). Manusia boleh makan namun tanpa keluar daripada tempat diam rumah, manusia boleh jadi lesu walaupun makan dengan makanan yang paling sedap didunia. Lesu juga dengan realiti dunia yang manusia hidupnya berkawanan bermasyarakat. Lesu tenaga dan lesu jiwa menyebabkan manusia hilang sifat insani. Masyarakat madani tidak terwujud tanpa pengertian tentang masyarakat dan bantu- membantu mewujudkan ekosistem mampan untuk penghidupan manusia. Ekosistem ini adalah kefahaman bagaimana komuniti manusia berfungsi untuk terus menerus di muka bumi. Dari segi sosial, ekonomi serta keselamatan. Perkara lain boleh dikesampingkan namun jika tiga ini mempunyai masalah, ianya adalah masalah besar.

Seberapa menarik tentang tenaga adalah, tenaga termaktub (conserved) namun tenaga mungkin mempunyai kekusutan (entanglement)? Suatu topik menarik untuk ditelaah nanti. 

Pokoknya, E=hv adalah salah satu daripada ciptaan Allah yang Agung, untuk manusia berfikir. 

Tapi sebenarnya aku terfikir benda lain sebenarnya semalam sebelum aku menulis ni, bolehkah, E=hv ini di"replicate" untuk teknologi tanaman tanpa musim? Menggunakan frekuensi yang sama. Namun tiap-tiap sesuatu adalah dalam kehendak Allah. Adakah ke"gila"an manusia untuk mencipta sesuatu menyebabkan kesan negatif kekusutan quanta sedia ada? Wallahua'lam.

Amalina, Bangi. 



Ulasan

Catatan Popular