Alfredo; Hidup ini Seperti Apakah?

Unik. Potensi. Sengsara. Percaya. 

Apabila kita terlalu fokus akan sesuatu, kita akan kehilangan penglihatan terhadap perkara yang indah yang lain. Kenyataan ini bagi aku mempunyai dua maksud yang berbeza menurut individu. Menurut perjalanan waktu. Teramat fokus tentang sesuatu, kita akan terjun ke dalam suatu daerah obsesi, dengannya maju atau mundur. Obsesi menyebabkan kita hilang akan sesuatu, marah apabila tidak memperoleh seperti apa yang dicitakan namun, obsesi menyebabkan kamu maju. Mungkinlah. 

Namun, ketidak fokusan itu menyebabkan orang lain memandang enteng, apakah sebenarnya yang mahu kau lakukan dengan hidup ini? Adakah dengan kerja keras sahaja atau sumbangan hidup bukan untuk gembira. Be it. Keinginan untuk gembira itu, sebenarnya membuat tak tentu arah. Biarlah seluruh hidupmu bukan mengikut hidup ideal seperti dikatakan para ahli terapi. Banyak segala satu peristiwa tidak menarik pada pandangan manusia, namun jika diputarkan semula pun, tetap akan terjadi menurut sunnahnya.

Kehidupan mu itu begitulah. Justeru dengan kehidupanmu, apakah langkah yang kamu akan ambilkan pada hari ini buat hidangan catatan amal para Mungkar dan Nakir. Hidup mu itu adalah pada hari ini. Sebenarnya manusia itu terlahirkan baik. Daripada benua mana pun. Juga nafsu, di daerah mana pun. Sejauh mana akan kita memilih untuk bertindak di dunia. Yang menjadi persoalan sehari-harian. 

Dunia ni bentuk segi tiga. Nampak macam satu individu, namun dalam individu adalah sebuah masyarakat yang dinaungi pemerintah. Inilah struktur masyarakat sejak dahulu kala dengan peranan individu yang dilahirkan beza, bukan beza darah. Namun kerana tugas berbeza seseorang mempunyai kelebihan keatas yang lain namun kelebihan tersebut meminta tanggungjawab keatas manusia yang lain. Harta mu, bukan harta mu sepenuhnya. Hidup mu bukan hidup mu sepenuhnya. Yang dimilikimu dan punyamu hanyalah jiwa dan roh. Jasad mu akan tinggal. 

Itupun, bukan atas kuasamu. Naif, benarlah manusia naif dan tidak tahu. Di saat dia seperti kecundang, pernah kah dia terfikir bahawa bagaimana seberapa banyak billion manusia di muka bumi hidup, di kawasan yang daif dan mungkin perang, masih hidup. Dan tidak menyerahkan diri. Apakah yang membuatmu beza dengan mereka pada pandangan Tuhan? Otak dan akal kadangkala memberi beban yang tidak perlu pada manusia apabila pemikiran tidak dipandu. Segala monolog dalaman negatif. 

Manusia itu unik setiap satunya mempunyai potensi yang berlainan. Percayalah bukan kamu dilahirkan didunia tidak membawa suatu makna bahkan bahawa kelahiran mu didunia adalah untuk memaknakan suatu perkara yang tidak dapat dijalankan oleh orang lain. Kerana setiap sisi cerita dunia, adalah suatu babak yang berbeza pada pandangan sesiapa. 

Skripnya mungkin sama, para pemikir boleh menebak dan membuat jangkaan, namun hujungnya adalah individu manusia tersebut bagaimana memaknakan perjalanannya didunia. Kamu unik, ceritamu asing. Cerita ini tentang bagaimana kamu hidup. Maka teruslah hidup. Usiamu sudah separuh hayat nabi, maka sudah separuh penghidupan atau sudah hampir ke penamat? 


Sudah 3 tahun pendrive ini memunculkan diri semula. 

Amalina, Bangi-Temerloh. 

Ulasan

Catatan Popular