Kerjaya sebagai Pegawai Farmasi di Hospital (Kerajaan) Bahagian 1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Okay, kali ni aku nak serius sikit lah, nak cerita tentang pengalaman kerjaya di hospital kerajaan di Malaysia. Malasla aku nak cerita fasal birokrasi dan sistem kontrak kerajaan yang baru diperkenalkan, tak menarik. Aha. Aku nak cerita yang murni-murni je; yang realiti kat atas tu dah aku tuliskan supaya kamu tahu, teori dan praktikaliti atau realiti kehidupan itu tak sama daripada ideal yang ada dalam kepala kita. 😏Nevertheless, aku minat, jadi itulah dianya.

Jadi kembali kepada perjalanan kerjaya seorang pegawai farmasi hospital; 

1. Perlu menjalani PRP (provisional registered pharmacist) di mana-mana hospital kerajaan/swasta.

2. Tamat PRP dalam tempoh dua tahun (tapi oleh sebab sistem kontrak sekarang sememangnya perlu menghabiskan tempoh latihan PRP selama setahun dengan cemerlang bergaya- untuk syarat perjawatan tetap, yang lain-lain tu boleh rujuk permarkahan terkini).

3. Lulus proses untuk menjadi Fully Registered Pharmacist (FRP).

Khalas; itu secara ringkasnya lah. 

Batch mate IIUM 2017, PRP intake 1/2018

Pegawai farmasi di Hospital Kerajaan terbahagi kepada beberapa unit. Unit-unit ini membentuk sebuah jabatan iaitu Jabatan Farmasi. Jadi setiap unit yang ada dalam sebuah Jabatan Farmasi ini memainkan peranan yang penting dalam kelestarian perkhidmatan farmasi di sesebuah Hospital Kerajaan. Antara unit-unit tersebut ialah; Farmasi Pesakit Luar (Outpatient Pharmacy), Farmasi Pesakit Dalam (Inpatient Pharmacy), Farmasi Klinikal (Wad dan aseptik), Farmasi Pengeluaran (Sediaan Dalam dan Luar), Farmasi Logistik, Pusat Maklumat Ubat dan Racun (PRIC), dan Farmasi Pharmacokinetik (Therapeutic Drug Monitoring). 


PRP mate Hoshas 2018

Kembali kepada skop kerjaya di hospital kerajaan;

Dalam kesemua unit ini, objektif utama ada satu; memastikan pesakit mendapat bekalan ubat yang tepat, efisien, berkesan dan selamat supaya dapat mencapai matlamat rawatan yang telah dirancangkan oleh para pegawai perubatan/ pegawai pergigian mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. 

1. Unit Farmasi Pesakit Luar

Mendispens ubat kepada pesakit luar (kebiasaanya pesakit klinik pakar yang mempunyai temujanji pada hari tersebut atau ubat ulangan). Di sini, kebiasaannya tempoh masa pesakit akan mendapat ubat daripada nombor tiket adalah lebih kurang 30 minit. Kenapa lama? Setiap penerimaan preskripsi ubat akan disaring dan disiapkan oleh beberapa orang pegawai farmasi yang berlainan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan ubat. Justeru, jika preskripsi tersebut bermasalah (baca: memerlukan intervensi), masa yang lebih akan diambil untuk menyiapkan ubat tersebut. Bilangan ubat yang banyak dalam satu preskripsi (terdapat lebih daripada lima jenis ubat) juga memerlukan tempoh masa yang lama untuk penyediaan serta penyediaan ubat sirap yang justeru akan mengambil masa. Nak-nak pula bagi waktu puncak; waktu itu semua preskripsi adalah set ubat untuk jantung, kencing manis dan lain-lain. Perlu diingat; ubat yang perlu dibekalkan adalah tepat, dan mencukupi untuk bekalan pesakit selama sebulan (atau berapa tempoh bekalan yang ditetapkan mengikut stok ubat) selama cuma 30 minit. Oleh sebab itulah, terdapat perkhidmatan nilai tambah (value added service, VAS) turut diperkenalkan di beberapa hospital untuk memudahkan pesakit untuk memperoleh ubat-ubatan dengan cepat. Apa VAS yang ada tu? Anda boleh tanya dan belajar daripada pegawai farmasi yang bekerja di hospital kerajaan masing-masing. Untuk bekalan ubat sediaan luar (baca: losyen dan krim) serta pembungkusan semula ubat, Unit Farmasi Pengeluaran pula yang akan mengambil alih tugas tersebut.

Apa lagi ya?


Di sinilah freshies dan mana-mana pegawai farmasi perlu memberikan kaunseling tatacara ubat yang betul bagi ubat yang pertama kali digunakan oleh pesakit atau penilaian semula penggunaan ubat. Tak guna kalau ubat canggih bin mahal tetapi masih tidak mencapat matlamat rawatan. Macam mana nak bagi kaunseling yang berkesan dalam tempoh bawah 10 minit? Ha praktislah sendiri penggunaan alat-alat ubat tu bawa balik rumah. Kaunseling ubat tibi dan HIV dengan senior serta mentor.

Nak extra ubat? Ubat tak cukup? Kena jumpa Dr ye. Preskripsi autoriti doktor jangan main sanggah. Kena catu ubat pun sabar ye. Ubat kecemasan memang dibekalkan 10 biji sahaja atau loratadine ubat selesema tu 5 biji sahaja sebab ubat untuk rawatan ringan begini boleh didapati dengan murah di farmasi komuniti. Itu bajet kesihatan ubat percuma kena guna sebaiknya ya. Nanti fenin tak cukup bajet ubat oleh Pegawai Farmasi Logistik. Doktor pakar pula tanya kenapa ubat mahal yang diperlukan untuk peakit dia tak diluluskan pula ya. Sabar ya semua. Mana yang kita boleh beli sendiri di farmasi komuniti kita pergi ke sana. 

Tempat letak ubat. Hafal lokasi ubat dalam masa seminggu.

2. Unit Farmasi Pengeluaran 

Di Jabatan Farmasi untuk hospital daerah atau klinik kesihatan, farmasi pengeluaran akan berada di bawah unit farmasi pesakit luar; ataupun farmasi pesakit dalam mengikut susun atur lokasi jabatan farmasi. Tugas utama adalah menyediakan sediaan luar dan dalam untuk kegunaan pendispensan kepada pesakit luar dan dalam. Sediaan luar adalah losyen, krim dan juga minyak manakala sediaan dalam adalah terdiri daripada sirap dan emulsi. Di sini juga tempat pemprosesan untuk bungkusan ubat selama sebulan (30 biji) atau pembungkusan semula ubat loose tanpa blister untuk jumlah tertentu. (I recall my time scolded for opening the packeted warfarin- haha, cannot think straight at that time in freshies). Jadi semua ini akan memudahkan proses pendispensan dan penyediaan preskripsi. Walaupun Farmasi pengeluaran adalah di dalam sebuah Jabatan Farmasi hospital masing-masing, amalan kompoun baik (Good Compounding Practice, 2018) perlu diamalkan setiap masa di unit farmasi pengeluaran. So rest assured. Setiap tahun ada audit👀.

3. Unit Farmasi Pesakit Dalam 

Yang ini macam berperang lain sikit. Berperang dengan masa. Di farmasi pesakit luar akan berperang dengan sakit tekak dan pesakit yang bermacam ragam. Di unit ini, troli akan sampai lebih kurang pukul 8-9 pagi selepas pemberian ubat lepastu perlu disiapkan sebelum masa pemberian ubat seterusnya iaitu pada jam 12 tengah hari, atau paling lewat pun 4 petang (kalau ada dua troli ubat la). Troli ubat ni ala yang jururawat bagi ubat ikut masa tu, dia akan keluarkan ubat daripada satu case untuk seorang pesakit. Unit ini kadang-kadang akan berpecah mengikut aras wad; yang itu akan dipanggil farmasi satelit. Di sini banyak bermain dengan ubat injeksi, pencairan dan juga terdapat ubat-ubat tablet yang perlu diaturkan mengikut masa pengambilan (Unit of Dose). Pegawai Farmasi Pesakit Dalam dan Pegawai Farmasi Wad akan berganding bahu untuk menyediakan ubat kepada pesakit. Sebab kadang-kadang intervensi lebih mudah dilakukan oleh pegawai farmasi wad yang bertugas di dalam setiap wad. So yes, pegawai farmasi ni bukan a solo job, it is a teamwork

Apa yang paling best kat sini? Buat floor stok ubat psikotropik😜; kejung la kaki duduk dalam bilik ubat psikotropik tu seharian kira banyak kali. 


Masa kerja oncall petang.

Troli kecemasan (emergency medication)
Tu semua label High Alert Medication
Ini baru nak check ubat-ubat je. Kalau emergency kelam kelibut juga ni. Kena hati-hati.

Okay cukup tiga unit itu dahulu, nanti aku cerita yang lain, waktu lain. Apa yang aku boleh katakan tentang perkhidmatan farmasi ini ialah; dokumentasi. Banyak ya ampun. Salah satu sebabnya adalah, perkhidmatan farmasi paling banyak 'polis' dan audit (secara negatifnya). Secara positifnya adalah farmasi adalah last defence of patients. Kesemua perkara yang perlu direkodkan pasti ada kepentingan serta perlu mematuhi undang-undang, yang bukan Malaysia juga suka hati buat, negara lain pun sama. Tambahan pula ada akta yang mengikat profesyen ini;

  1. Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturannya
  2. Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-Peraturannya
  3. Akta Jualan Dadah 1952
  4. Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
  5. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
  6. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Peraturan-Peraturannya

Seriuskan? Siapa je yang boleh hadap benda ni dan ada policeman dalam kalangan pegawai farmasi sendiri jika bukan ahli farmasi. Jadi buatlah dokumentasi tu dengan betul dan ikhlas. Pengetahuan ubat pun kena padu. Mata sharp. 

Jika nak tahu kerjaya farmasi hospital boleh juga tengok cerita Unsung Cinderella: Aoi Midori; sebagai bekas pegawai farmasi hospital- itulah dianya skop kerja bagi hospital pharmacist. Kecuali tak adalah bancuh ubat injeksi sendiri (kebanyakan hospital kerajaan tidak buat, tetapi hospital universiti ada buat) yang sebenarnya adalah salah satu skop kerja ahli farmasi hospital. 

My point of view; tanggungjawab dan kepakaran ahli farmasi adalah pendispensan dan berkenaan ubat; diagnosa dan preskripsi adalah autoriti doktor; itulah sempadan profesionalisma kerjaya ini. Jadi menjadi seorang ahli farmasi adalah menjadi applied chemist; tukang ubat dalam rangka rawatan atau penjagaan kesihatan, manusia atau haiwan :). 


Unsung Cinderella: Aoi Midori


Ulasan

Catatan Popular