Ke klinik kita

Assalamualaikum.
Hari ini aku pergi poliklinik. Asbab, Zun terjatuh semasa main bola jaring tadi. Alhamdulillah, aku belum pernah jatuh lagi semasa bermain, main basikal zaman dahulu kala tu adalah, habis bersagat kepala lutut. Tapi sakit tu tak serik. Teringat kata-kata Brother Amar dalam kelas, what doesn't kill you make you stronger tapi ayat dia tu merujuk pada bakteria dan antibiotik. Heh. 

Hmm. Begitulah. Dah lama sebenarnya tak ke klinik. Kalau zaman kanak- kanak tak sah setahun tak lawat klinik. Dan apabila sudah masuk jurusan farmasi ni aku jadi si pesimis pula, doktor tak bergaduh ke dengan ahli farmasi untuk hak memberi ubat? Dan lagi, aku jadi musykil untuk ubat penahan sakit yang kadang-kadang cuma paracetamol atau yang dikenali sebagai panadol, berapa yang akan di caj ya? Dan lagi, kenapa pula asal sakit demam sedikit terus dapat 3serangkai- ubat demam, ubat selesema dan antibiotik. Sebab aku baru belajar hal antibiotik ni aku jadi musykil. Sepatutnyalah budak-budak kecil tak perlu antibiotik. Aku tabik pada sebuah klinik di Temerloh yang hanya akan bagi ubat yang diperlukan oleh pesakit sahaja, tak perlu ubat yang banyak yang kadang digunakan untuk menaikkan caj perkhidmatan. Klinik seperti ini yang sepatutnya wujud yang mengetengahkan keuntungan pengguna. Ramai juga pengguna yang mendapatkan khidmat klinik ini. What you give, you get back.

Nampaknya banyak persoalan yang perlu dihuraikan dalam semester ini. Kenapa perlunya farmasi untuk bergiat lebih aktif? Kerana masyarakat adalah pengguna terakhirnya. Baik dari segi kos, kepelbagaian ubat tersedia dan juga pemeriksaan priskripsi ubat daripada doktor menjadikan bidang farmasi sepatutnya lebih kehadapan.

Farmasi bukanlah sebagai satu entiti sendiri, kerana ahli farmasi, doktor, misi dan juga pendukung institusi ini berkhidmat untuk membantu masyarakat.

Dan juga yang utama; lillahitaala.

Mek-lin: Seiring sehaluan satu cita satu impian.

Ulasan

Catatan Popular