Rasa gembira tu Allah yang bagi, rasa sedih pun Allah yang bagi

Assalamualaikum. Apa khabak?
Tajuk di atas tu fasal semalam.
Sebelum tu nak tulis yang ini; Kata-kata manusia memang ada yang indah, namun kata- kata pencipta manusia dan sekalian makhluk lebih lagi indah dan pasti.

Semalam, em tak naklah cerita fasal semalam. Cerita pusingan u dan rintik hujan. Ada perkara yang patut, the rest is history.

Hehe.

Hari ini selesema, asbab tidur bawah kipas pusing ligat macam nak tercabut berputarnya. Doakan cepat sembuh. Dah beberapa kali hachoo dan sekarang sakit kepala. Nak jadikan alasan belum menelaah lagi. Konon.

Serasanya, realiti aku lebih banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara, oleh sebab itulah refleksnya lambat. Sepanjang seminggu ini, kami sudahpun mula belajar- macam-macam perkara, dari sekecil-kecil atom hinggalah besar gajah.

Adeh, budak sains cakap sama macam orang awam. Debbb kena sebijik dengan pensyarah. Mungkin loading lambat, atau mungkin fikiran masih atas  angin.

Aku tak tahu ayat mana dalam Al-Quran tapi sahabat aku pernah pesan. Bertawakallah atas apa-apa urusan. Macam urusan aku untuk belajar, mulakan dengan bertawakal. Insya-Allah, ada hala tujuan. Allah akan tolong.

Another day had passed, my time also decreased one day. So what do you decide to do?

Mek lin: Seronok menulis di sini. Lain kali mahu tulis fasal profesion aku pula lah.


Ulasan

Catatan Popular