Diary of a Pharmacy Student

Assalamualaikum.

Kabare? Wes mangan? Wes sher? Wes mandi?

Hari ini dah mula cuti semester pertama. Ada nota kaki itu hari yang aku nak bercerita fasal the international ke foreigners...entah. Pokoknya, di sini ceritanya bermula...

Dalam batch aku Rx 12 di bumi UIA Kuantan ni, ada  tiga orang pelajar asing, bukan bangsa je tau, negara sekali noo. Asal nak cari tempat duduk dalam dewan kuliah je mesti aku cari kerusi paling depan, tapi tak sebelah dengan mereka. Pasai apa? Sebab aku tak reti speaking English berabuk, dan mereka memang tak faham Bahasa Melayu langsung-langsung (walaupun pada masa aku tulis ni, dah ada beberapa perkataan yang mereka dah belajar, macam; nak makan? dah ect).

Dan memang ada suatu hari yang pagi hening, aku tiba-tiba sahaja duduk sebelah mereka berdua. Oh ya, gadis yang bukan Melayu itu dua orang, seorang dari Iraq, seorang lagi dari Yemen. Yang lelaki tu tak berkaitan dengan aku jadi kita tutup cerita fasal dia. Aku tak ada masalah sangat nak bercakap bahasa Inggeris, cuma al-maklumlah dah kosa kata terhad, nak menggali satu-satu perkataan bahasa Inggeris untuk ditransliterasikan dengan bahasa Melayu buat aku tak keruan. Akhir sekali bukan aku yang tekanan, depa yang tekanan tunggu perkataan keluar dari mulut aku. Heh. Ingat senang ke nak jadi penterjemah ni? Terjemah buku bolehlah, goolate sahaja. Tu pun ayat lintang pukang.

Okey, sebagai penutup. Hargailah bahasa anda. Kuasailah bahasa, anda akan kuasai dunia. Ye tak?

mek lin:: bahasa jiwa bangsa. Lepas ni mungkin aku akan membebel fasal hidup-sebagai pelajar jurusan farmasi. Kata kami zombie?

Ulasan

Catatan Popular